ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HUJUNG BIBIR si gadis terjungkit sedikit. Panas pula ruang tamu pada malam ini. Biasanya waktu malam macam ini terasa sejuk dan dingin.
“Alahai, Yad. Mesti penatkan drive daripada KL ke sini?” soal Puan Kadijah.
“Tak adalah makcik, saya okay aja.” ujar Ziyad bersama dengan kekehan kecil diakhir ayat.
“Eh, janganlah panggil makcik. Panggil uwan. Yad sebaya dengan Nana, kan?”
“Eh, taklah. Saya tua dua tahun daripada Aya.”
“Ohlah, ingatkan sebaya tadi. Macam mana boleh kenal? Satu universiti ke?” soal Puan Kadijah lagi.
Dayana yang berada dihujung ruang tamu mulai rimas. Kenapalah Ziyad mesti datang ke sini? Ke mana dia pergi, di situ juga ada Ziyad. Ingat tak rimas ke?
Gadis itu bangun dari duduk. Langkah diatur ke arah bilik tidur. Tidaklah jauh. Bilik tidurnya terletak di ruang tamu juga.
Pintu bilik ditolak. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam, uwan lebih pantas memanggil namanya.
“Kakak nak ke mano tu? Sinilah ha duduk borak dengan Ziyad.” ujar Puan Khalijah.
Dayana mengetap rahang. Niatnya mahu melarikan diri daripada Ziyad terbantut. Daun pintu kembali ditutup. Seterusnya, tubuh dipusingkan menghadap ke arah dua manusia itu.
“Kau dah makan? Kalau belum aku boleh tolong sediakan.”
“Belum lagi. Awak dah makan?” giliran Ziyad pula menyoal.
“Dah.”
Ziyad kembali menoleh kearah Puan Kadijah, “Yad pergi makan dululah, uwan. Nanti kita sembang lagi berdua.”
Puan Kadijah mengangguk. Senyuman kecil diukir buat jejaka bernama Ziyad itu. Kemudian, wanita paruh baya itu menoleh ke arah cucunya pula.
“Kakak ni. Janganlah bongih bona. Takut si Ziyad tu nengok ha.” ujar Puan Kadijah.
Dayana mencebik. Seketika kemudian, dia mendongak untuk melihat Ziyad yang berdiri disampingnya itu. Dayana kembali memandang ke arah Puan Kadijah.
“Mana ada. Akak elok je.”
“Iyolah tu. Caro bocakap tu bongih uwan dongar eh. Cubolah panggil Ziyad itu abang ko, awak ko. Lombut sikit dongar eh.” tambah Puan Khalijah lagi.
Laju Dayana pasang wajah geli. Memang tidaklah dia mahu memanggil Ziyad dengan panggilan abang. Memamg lelaki itu tua dua tahun tetapi untuk memanggilnya abang?
Geli.
“Tak nakla, uwan. Goli sei mondongar eh.” bidas Dayana.
Sempat dia menjeling Ziyad sebelum dia membuka langkah. Ziyad juga membuka langkah bagi mengikuti Dayana kearah Dapur.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
PINGGAN YANG berisi nasi itu dihulurkan kepada Ziyad. Lelaki itu terus meletakkan telefon pintarnya ke tepi lalu menyambut huluran Dayana.
“Cukup tak nasi itu? Kalau tak cukup aku boleh tambah lagi.” soal Dayana.
“Cukup. Saya bukannya makan banyak sangat pun.”
Dayana mengangguk. Kerusi yang berada dihadapan Ziyad ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.
Tablet dikeluarkan lalu diletakkan ke atas meja. Sementara menemani Ziyad makan, bolehlah dia mengulangkaji sedikit.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksi Penggemar★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)