[ edited ] O52

276 39 4
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TOLONG BUANG air rebusan ni dalam singki." arah Puan Dhalila. Periuk berisi air rebusan itu ditolak ke arah Dayana.

Dayana hanya menurut. Periuk yang berisi air didihan itu diambil lalu dibawa ke singki. Periuk tersebut diletakkan dahulu pada samping singki.

Sabun basuh pinggan yang berada di atas kabinet itu dikerlingnya. Sabun berjenama Glo itu sudah pun habis. Dia perlu mencari sabun cuci pinggan yang baharu.

"Ma, mana mama letak sabun basuh pinggan? Yang ni dah habis." soal Dayana seraya menunding ke arah botol kosong itu.

"kejap, mama pergi ambil."

Dayana mengangguk kecil. Dia memusingkan tubuhnya menghadap singki. Tingkap yang berada di hadapannya itu dipandang. Dayana mengintai aktiviti yang dilakukan oleh Ziyad diluar sana.

Entah apa yang suaminya itu lakukan pun dia tidak pasti. Dari gaya, nampak seperti Ziyad sedang bermain dengan Kuah Kari.

Prang!

Periuk yang Dayana letak di samping singki itu jatuh terus ke dalam singki. Dia tersentak. Sepasang mata itu terkebil - kebil. Otaknya sedang mentafsir sesuatu.

Spontan, Dayana terjerit kecil. Air didihan tadi jatuh mencurah lengan kirinya. Puan Dhalila yang berada disebelah dipandang penuh perasaan. Perasaanya berkecamuk.

Sedih, marah, kecewa.

Dayana mengemam bibir. Periuk itu jatuh kerana Puan Dhalila sengaja menghentak botol sabun cuci pinggan baharu bersebelahan dengan periuk tersebut. Entah sengaja atau tidak sengaja.

"Yang kau pergi letak periuk dekat atas kabinet ni kenapa dah kenapa?!" jerkah Puan Dhalila.

Sepasang bahu milik Dayana terhincut. Wajah Puan Dhalila dipandang tidak percaya. Mama salahkan dia?Salah dia ke periuk itu terjatuh?

Dayana mendesis kecil. Kulitnya mulai terasa perih. Dia menarik nafas lalu dilepaskan kasar, "Mama yang hentak botol sabun tu tadi."

"Tak ada kena mengena pun lah dengan botol sabun tu. Kau tu yang cuai! Benda boleh letak dalam singki terus... yang nak juga letak atas kabinet tu kenapa?!" bentak Puan Dhalila.

"Ma, singki tu penuh dengan pinggan mangkuk." ujar Dayana. Pinggan mangkuk yang berada di dalam singki dikerling.

"Dah tu kau tak reti nak cuci ke? Aku ni penat masak. Kau tu tolong apa je? Masak pun tak reti. Jadi apa salahnya kau tolong kemaskan? Itu pun nak kena ajar ke, Dayana Zhalifah?! Dari kecil sampai besar menyusahkan orang."

Dayana terdiam. Sedangkan dia mengambil jeda untuk mencuci periuk itu kerana sabun basuh pinggan habis. Macam mana dia nak cuci segala pinggan mangkuk kalau tak ada sabun pencuci pinggan?

"Ma──"

"Ma. Aya. Kenapa ni?" soal Ziyad. Lelaki itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.

Gadis berambut separas bahu itu dihampirinya. Anak matanya jatuh pada pakaian Dayana. Baju yang dikenakan oleh isterinya itu basah kuyup.

"Kau tanyalah sendiri isteri kau tu. Balik sini menyusahkan orang aja." herdik Puan Dhalila.

Puan Dhalila kembali menyambung kerjanya. Seolah - olah tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Dayana.

“Kalau kakak ni menyusahkan... kenapa mama pilih untuk lahirkan, kakak? Kenapa tak biarkan je kakak mati dulu?! Kenapa pilih untuk jadi ibu kalau rasa anak ni menyusahkan?!” jerkah Dayana.

Puan Dhalila yang sedang mengacau lauk itu sedikit terkejut. Dia menoleh menghadap anak perempuannya itu. Air mukanya tampak tidak percaya.

“Kakak tak pernah minta pun untuk lahir! You are the one who decided untuk ada anak! Mama yang beria nak jadi ibu. Jadi... kakak ni satu kesalahan ke? Padahal mama dengan papa yang ambil keputusan untuk jadi orang tua. Tapi kenapa? Kenapa bila kakak lahir... semua salah tu mama letak atas bahu kakak?”

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang