[ edited ] O26

295 41 9
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PERMUKAAN MEJA kaunter diketuk oleh Dayana menggunakan jari - jemarinya. Manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk menumpang wajahnya.

Gadis itu mengeluh kecil. Malam itu, dia terpaksa bekerja sendirian lagi. Shazreen lagi - lagi mempunyai hal yang perlu diselesaikan.

Jujur, dia agak takut bekerja sendirian malam - malam begitu. Bukan takut akan hantu tetapi lebih kepada orang - orang dimalam hari.

Malam - malam ini ramai yang mabuk atau mungkin ada yang berniat jahat. Dia lebih takut akan manusia berjenis begitu daripada makhluk halus.

Ting!

Bunyi loceng yang tersangkut pada atas pintu masuk kedai itu berbunyi. Segera gadis itu menoleh ke arah pintu masuk.

Kelihatan susuk tubuh seseorang melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Namun disebabkan Dayana tidak mengenakan kacamata, orang itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

telefon pintar yang berada diatas kaunter diambil. aplikasi WhatsApp dibuka. roomchat seseorang yang dipin oleh gadis itu, ditenung lama.

Hampir seminggu mereka tidak bercakap sejak dia dan Ziyad keluar bersama. Bayang Ziyad juga turut tidak kelihatan sepanjang tempoh itu.

Lelaki itu langsung tidak mengirim pesan buat Dayana. Selalunya, dia rajin mengirimkan pesan buat gadis itu. Namun sejak seminggu kebelakangan ini, satu pesan pun tidak ada.

"Kau mesejlah Yad dahulu. Ego tu cuba turunkan sikit. Ini tak. Ego tu kalau boleh nak bersaing dengan tinggi badan Ziyad."

Ayat yang dihamburkan oleh Nur itu masih kedengaran jelas pada telinga Dayana. Tipulah kalau dia tidak rindukan peran seorang Ziyad disisinya.

Itu pun dia dah cukup turunkan ego untuk mengadu pada Nur. Iyalah, suami Nur merupakan abang kepada Ziyad. Jadi tidak mustahil untuk dia mendapatkan jawapan daripada Nur.

Malangnya, Aidan sendiri tidak tahu keberadaan Ziyad. Lelaki tinggi lampai itu tidak pulang ke rumah umi seperti biasanya. Hampir seminggu juga lelaki itu menghilangkan diri.

Dayana mengeluh. Kemana sebenarnya Ziyad menghilangkan diri? Patutkah dia menghantar mesej kepada lelaki itu? Atau tak payah?

Mungkin Ziyad hanya sibuk menguruskan beberapa hal di sekolah. Atau mungkin urusan perkahwinan mereka.

buk!

Tin air jatuh ke atas permukaan kaunter. Pantas gadis itu melihat ke arah tin air yang bergolek ke arahnya itu. Dayana cepat mengambil air tin tersebut.

"Oh, sorry sorry. Tangan saya penuh. Terlepas pula." ucap pelanggan itu.

Serentak dengan itu, Dayana mengerutkan dahinya. Suara lelaki ini sepertinya tidak asing bagi gegendang telinganya.

Spontan, wajahnya diangkat. Wajah si pelanggan dipandang. Secara tak langsung anak mata mereka saling bertaut.

"Ja?"

Dayana menggelengkan kepalanya. Segala jenis barangan yang diletakkan ke atas kaunter itu diambil. Laju sahaja gadis itu melakukan kerjanya.

"Ja, im talking to you." tegur pelanggan itu lagi.

"And im listening to you, Ezham." datar sahaja gadis itu bersuara.

Selesai mengira harga barangan yang dibeli oleh lelaki itu, Dayana segera memasukan barangan tersebut ke dalam beg plastik. Kemudian, beg plastik tersebut dihulurkan kepada Ezham.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang