[ edited ] O48

257 35 6
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    SEMBILAN BULAN kemudian...

Pintu masuk pangsapuri itu ditolak perlahan daripada luar. Tidak mahu menganggu penghuni di dalamnya. Sesaat kemudian, kepala Ziyad terjengul pada celah ruang yang ada.

Senyuman kecil terukir pada wajah lelaki itu. Susuk tubuh isterinya yang sedang duduk menonton televisyen itu dipandang.

Salam diberi sebelum Ziyad melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua - dua belah tangannya disembunyikan pada belakang badan.

“Awak tengok drama apa tu, bintang?” soal Ziyad.

Dayana melagutkan wajahnya. Ziyad yang berdiri disamping sofa itu dipandangnya, “Night has come.”

Best ke cerita dia?”

Best! Cerita fasal ada satu kelas ni, dia pergi ke pusat rekreasi sekolah lain untuk study tour tapi akhirnya diorang terjebak dalam satu permainan yang dinamakan mafia.”

Ziyad mengangguk. Walaupun dia kurang faham dengan alur cerita korea itu tetapi mendengarkan Dayana bercerita sangatlah menarik.

“Lepas tu apa jadi?” soal Ziyad berminat.

“Diorang kenalah main game tu. Find out siapa mafia dia. Alah, macam main mafia tu. Awak tak pernah main mafia ke?”

Ziyad menggelengkan kepalanya, “Tak. Cuba terangkan. Mana tahu nanti boleh main dengan awak.”

“Mana boleh main berdua. Sekurang - kurangnya lima ke enam orang baru lepas.”

“Ohlah, ye ke? Manalah saya tahu. Cuba explain biar saya faham.” cebik Ziyad. Lelaki itu duduk diatas panel arm sofa.

“Nanti dalam game tu akan doktor, polis, mafia dan warga. Siapa yang dipilih menjadi mafia, kerja dia akan bunuh orang. Tak kiralah polis ke doktor ke warga ke. Janji dia kena bunuh seseorang pada setiap satu malam.”

Ziyad mengangguk faham, “Lagi?”

“Peran doktor pula... selamatkan mangsa yang jadi buruan mafia. Dia kena teka dengan tepat. Kalau tak, mangsa yang dipilih oleh mafia tu akan matilah. Kalau dia pilih dengan tepat, mangsa tu tak akan mati.” jelas Dayana. Seronok betul gadis itu bercerita pada Ziyad.

“Kalau polis pula?” soal Ziyad.

“Dia ada power untuk identify someone yang dia curiga. Contohnya kalau dia curious dengan someone, dia boleh tahu identiti orang tu. Kalau dia berjaya identify siapa mafia, dia boleh suarakan pada waktu pagi── waktu pemungutan suara berlangsung.”

Lagi - lagi Ziyad mengangguk faham. Seronok juga permainan yang diceritakan oleh Dayana itu.

“Jadi dalam cerita ni, diorang kena main game mafia lah?”

Dayana mengangguk, “Tapi diorang tak boleh reveal identiti mereka. Seram juga ceritanya sebab genre dia thriller. Bunuh - bunuh gituw.”

“Faham. Nanti bolehlah saya teman awak tengok drama tu. Macam menarik aja bunyinya.” cadang Ziyad dan Dayana mengangguk.

“Betul. Nanti awak boleh teman saya.” gadis itu bersetuju dengan suaminya itu.

Si suami pula mengangguk── mengiyakan isterinya itu. Dalam kesempatan yang ada, pucuk hidung Dayana dicuit lembut.

“Sebenarnya, saya ada benda nak tunjuk dengan awak ini.” ujar Ziyad.

“Apa dia?”

Tangan yang daripada tadi dia sorok, dikeluarkan. Sengihan kecil dikoyakkan oleh lelaki itu.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang