[ edited ] OO6

388 50 22
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TERGOPOH - GOPOH gadis itu berlari ke arah pintu rumah Puan Iftah. Tombol pintu dipulas lalu ditolak.

Dahi dikerutkan tanda bingung, “Kenapa pintu tak berkunci?” gumam Dayana.

Kasut berjenama Converse itu dibuka lalu dibiarkan sahaja dihadapan pintu rumah. Penyapu yang tersandar elok pada samping pintu rumah Puan Iftah diambil sebagai langkah berjaga - jaga sekiranya ada perompak atau penyangak di dalam.

Boleh terus bantai sahaja nanti.

Suis lampu yang berada dibelakang pintu itu dihampiri. Salah satu suis ditekan lalu dibiarkan sahaja lampu dibahagian ruang tamu itu menyala.

Kaki diatur ke arah ruang tamu. Telefon pintar milik Nur dicari. Katanya telefon pintar itu berada diantara ruang tamu dan dapur.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SUIS LAMPU bilik air ditekan. Langsung terpadam lampu LED yang berada dalam bilik air itu. Seterusnya, sampin yang berada diatas kerusi makan diambil.

Langkahnya diatur ke arah ruang tamu. Perasaan bingung mula menyerang dirinya apabila keadaan ruang tamu terang - benderang.

Siapa pula yang buka lampu ruang tamu ini? Bukan ke tadi dah padam? detik hati Ziyad.

Perasaan takut juga mula menyerang dirinya. Bukannya takutkan hantu atau makhluk halus malahan perompak atau penyangak.

Perlahan - lahan kaki dihayunkan ke arah ruang tamu. Susuk tubuh seseorang menyapa pandangannya.

Hembusan nafas lega dilepaskan. Senyuman kecil mula terukir pada wajah jejaka itu. Langkah diatur menghampiri gerangan tersebut.

Setiba sahaja dibelakang sofa, Ziyad merendahkan sedikit tubuhnya── biar menyamai ketinggian gerangan itu. Wajahnya dirapatkan pada daun telinga si dia.

Boo.

Spontan gerangan itu memutarkan tubuhnya. Sebiji tumbukan dilayangkan tepat pada abdomen Ziyad.

“Akh...” Ziyad mengerang kesakitan. Perutnya ditekan kuat. Rasa nyeri mula menjalar keseluruhan tubuhnya.

“Allahu, Ziyad!”

Dayana mula berlari ke arah Ziyad yang sudah jatuh terduduk itu. Namun sejenak kemudian, dia bingung. Dia tidak boleh sentuh Ziyad.

Ziyad bukan mahramnya!

So─sorry, Jie. Aku tak perasan.” ucap Dayana.

Ziyad menggelengkan kepalanya, “Tak apa, saya faham. Salah saya juga sebab sakat awak.”

Dayana mengeluh perlahan. Sebenarnya, dia turut rasa bersalah kerana menumbuk jejaka itu. Semuanya terjadi secara spontan. Dia terkejut.

“Kau boleh bangun sendiri?” soal Dayana. Lagi - lagi gadis bertudung nude itu khawatir.

Ziyad mengangguk. Dengan bantuan sofa, lelaki itu berjaya berdiri dengan stabil. Abdomennya diusap lembut. Rasanya nyeri. Sakit.

“Kenapa kau belum keluar rumah lagi? Aku mati - mati fikir kau pencuri.”

“Perut saya memulas. Saya masuklah tandas kejap. Bila saya keluar, semua dah mula bergerak ke dewan.” jelasnya.

Dayana hanya mengangguk faham.

“Awak kenapa patah balik? Bukan tadi awak dah gerak dengan Iman ke?” soal Ziyad.

“Oh, tentang tu... Nur tertinggal phone. Jadi dia minta aku tolong ambilkan.”

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang