ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEBAIK SAHAJA kakinya menjejak lantai satu, Baheera dan Haura sudah pun menunggunya dibawah seperti yang dikatakan oleh Mawaddah dan Basyeera.
Gadis kecil itu mula melangkah terkedek - kedek ke arahnya. Baheera memegang tangan kanan Dayana manakala Haura pula memegang tangan kiri.
"Lawanya, Kak Aya!" petah Haura memuji gadis itu.
"Haura pun cantik jugaa. Macam puteri diraja." pucuk hidung Haura, Dayana cuit.
Haura pun tidak kalah comel. Mana tidaknya, gadis itu membiarkan rambut separas pinggangnya itu terurai. Terdapat ribbon berwarna merah jambu dibelakang kepala gadis itu. Hauru turut mengenakan gaun senada dengan warna ribbon tersebut.
"Baheera pun sama juga." puji Dayana. Pipi kanan Baheera dicuit lembut.
Geram melihat dua orang gadis kecil itu.
Baheera mengukir senyuman kecil. Lesung pipit pada kedua - dua belah pipinya jelas kelihatan. Lagilah bertambah comel dan manis gadis kecil itu.
"Jadi, tuan puteri berdua ni mahu bawa patik ke mana?" soal Dayana. Dihujungnya, gadis itu menyeringai kecil.
"Ke pantai!" girang Haura bersuara.
Dayana mengangguk faham. Kedua - dua gadis kecil itu mula membuka langkah. Dayana hanya mengikut sahaja langkah kecil Baheera dan Haura.
"Ada apa dekat pantai nanti?" sengaja Dayana menyoal.
"Ada putera raja!"
"Ada putera katak!"
ujar Haura dan Baheera serentak. kedua - dua gadis itu saling bertukar pandangan.
"Abang Yad handsome-lah! Sampai hati akak Baheera kata abang Yad katak." cebik Haura.
Baheera hanya menjelirkan lidahnya. Sengaja gadis itu mahu menyakat Haura. Dia memang suka menyakat gadis kecil itu. Kalau Haura menangis akibat usikannya, lagi dia bahagia!
Kurang daripada lima minit berjalan, mereka akhirnya tiba dipantai yang dimaksudkan oleh Haura dan Baheera. Tidaklah terlalu jauh daripada Teratak Madina kerana rumah kebajikan itu didirikan bersebelahan dengan pantai. Cuma kawasan pantai disitu agak sunyi kerana jauh daripada aktiviti perlancongan.
Baheera dan Haura melepas pegangannya pada Dayana. Gadis itu mula berlari meninggalkan Dayana bersendirian disitu.
Cuak habis Dayana ketika itu. Berkali - kali Dayana melaungkan nama Haura dan Baheera tetapi dua orang gadis kecil itu hanya tertawa.
Siap pakej lambai tangan kepada Dayana lagi.
Dayana mengeluh. Dia memberanikan diri berjalan kearah pantai tersebut. Tidak sampai beberapa langkah gadis itu menapak, bunyi petikan gitar jelas kedengaran.
Dayana tersentak. Laju dia menoleh ke arah bunyi tersebut. Dalam samar - samar sinar bulan, susuk tubuh seseorang jelas kelihatan. Langkah diatur ke arah lelaki tersebut. Dia yakin lelaki itu adalah Ziyad.
Langkahnya mati apabila alunan suara seseorang kedengaran. Susuk tubuh seseorang yang mula melangkah ke arahnya itu dipandang bingung
"Aku kan bersama mu
Selama diri mu perlu ku
Kan coba, memberi mu bahagia
Jangan pernah kau tanya
Jika ku sayang diri mu
Ku dah pasti, kau yang ada di hati
Walau ribut melanda, kau takkan basah
Kerana aku ada
Di antara beribu gadis
Senyuman mu yang paling manis
Tiada, yang lain
Kau yang hati ku pilih
Di antara beribu bintang
Sinar mata mu yang paling terang
Tiada yang lebih indah
Aku sayang kamu
Lebih dari diri mu tahu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)