Triggered Warning ⚠︎ : Se!f-harm ( If you rasa uncomfortable, feel free to skip this chapter )
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEMUA SALAH. Itu salah, ini salah. Semuanya salah. Mati agaknya perkara yang paling betul baginya.
Argh!
Gadis itu menyerabutkan rambutnya. Buku yang berada di atas meja belajarnya ditolak kasar sehingga jatuh berselerak di atas permukaan lantai.
Dia terduduk. Lututnya dibawa merapati dada. Dipeluk erat kedua - dua belah lututnya itu. Tidak lupa juga untuk menyembamkan wajah di atas lutut yang masih terbungkus seluar itu.
Tangisannya mula kedengaran. Sungguh dia tidak kuat lagi dengan candaan semesta. Semesta berguraunya keterlaluan. Bahkan baginya, mati itu merupakan jalan penyelesaian yang paling ampuh.
Tangisannya kedengaran terendam dek kerana wajah yang disembam pada lututnya. Dadanya turun naik akibat tersedu - sedan.
Setelah reda tangisannya, gadis itu bangun lalu berjalan semula ke arah meja belajar. Pisau boleh laras yang terletak elok di dalam kotak pensilnya itu diambil.
Perlahan - lahan pelaras pisau itu ditolak. Lama mata pisau laras itu ditenung sebelum gadis itu menyingsingkan lengan bajunya.
Lengan kiri yang sudah sedia bercorak itu diusap lembut sebelum mata pisau dibawa ke permukaan kulit lengannya.
Corak sedia ada yang telah kering dahulu, kini dihiasi dengan corak yang baharu. Warna yang telah pudar kini terang semula. Disela tangisan, gadis itu mengukir senyuman nipis.
Setelah selesai membuat lakaran pada permukaan kulitnya, pisau laras itu dicampakkan entah ke mana. Gadis itu kembali termenung──
Memerhati dinding kosong yang ada dalam biliknya itu. Seketika, tangisannya kembali kedengaran. Dia kembali memeluk kedua - dua belah lututnya itu.
Sudah berkali - kali dia meratapi nasib hidupnya. Perkara yang menyakitkan ini turut berulang kali berlaku padanya. Namun rasa sakit dan perit itu tidak pernah luak.
Seakan - akan masih belum sebati dengan dirinya. Rasanya seperti baru pertama kali dia diperlakukan seperti ini. Bahkan dia kerap kali berasa tidak ingin hidup.
Namun kenapa dia masih bertahan sampai sekarang? Apa yang menyebabkan dirinya masih mahu meneruskan hidup yang perit ini? Bahkan sepertinya mati lebih baik sahaja.
Hingga ke hari ini, dia masih merasakan mati itu jalan penyelesaian yang paling ampuh buat dirinya. Namun, dia mungkin akan terlepas di dunia. Tetapi tidak di akhirat kelak.
Terima kasih untuk fakta tersebut. Kerananya, dia masih mahu bertahan hidup.
Gadis itu tertawa sendiri. Tawanya kedengaran halus. Bahkan untuk ketawa sahaja dia tidak mampu. Tenaganya sudah habis dipakai untuk menangis sahaja.
Lama masa yang diambil untuk dia menstabilkan semula emosinya. Lama juga dia perlu berdamai dengan kata hati yang menyedihkan itu.
Setelah hatinya terpujuk, gadis itu bangun berjalan ke arah meja belajarnya. Laci yang ada pada meja tersebut ditarik. Sebotol ubat gamat dicari lalu diambil olehnya.
Kemudian, dia berjalan pula ke arah meja solek yang terletak elok pada sudut biliknya. Cermin meja solek tersebut ditolak lalu beberapa keping kapas diambil.
Dia kembali berjalan ke arah katil. Gadis itu duduk di atas katil bersama dengan barang - barang yang dicapai olehnya sebentar tadi.
Penutup botol minyak gamat tersebut dibuka. Minyak gamat itu dituangkan sedikit ke atas kapas lalu diusap lembut pada corak yang ada pada permukaan kulit lengannya.
Corak akibat ulah dirinya sendiri.
Perih, namun puas. Bahkan jika masalah kembali bertamu, mencorakkan tangannya sendiri adalah pilihan pertama yang menerjah otaknya.
Selesai menyapukan ubat pada lengannya, gadis itu mengambil bandage lalu membalut lukanya── menutupi segala kesan akibat ulah dirinya sendiri.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jaeryana represent : Bintangku, Januari 01 2024.
- 100% Jaeryana's original idea ( kalau ada yang terbaca atau terjumpa cerita yang sama alurnya, please directly dm me, thank you )