[ edited ] O57

382 38 6
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  DAYANA BERLARI keluar daripada Dewan Universiti Malaysia. Ziyad merupakan susuk pertama yang dicari olehnya.

Keadaan diluar dewan teramatlah sesak dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga para graduan disitu. Senyuman kecil merekah pada wajahnya.

Bingo! Situ pun dia.

Syukurlah Ziyad dikurniakan tubuh badan yang sangat tinggi. Perkara tersebut memudahkan Dayana mencari susuk suaminya itu.

Langkah diatur laju ke arah Ziyad. Belum sempat dia menerjah si jejaka, tumit kasut tingginya terpijak lubang kecil. Hampir sahaja Dayana jatuh menyembah bumi.

Nasib sahaja Ziyad perasan akan perkara itu. Tubuh Dayana disambut olehnya. Dia membantu si isteri berdiri dengan baik semula.

Sengihan kecil terukir pada wajah Dayana. Square academic cap yang berada diatas kepalanya, dia betulkan agar tidak jatuh dari kepala.

“Ya Allah, tak payahlah berlari, bintang. Nasib tak jatuh. Saya bukannya hilang pun. Ada aja tunggu awak dekat sini.” seloroh Ziyad. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

“Maaflah, saya excited nak jumpa dengan awak. Kenapa tak masuk dalam dewan dengan uwan? Bukan ke saya dah pesan suruh awak masuk tengok saya dekat dalam?” si isteri mencebik. Tangannya dilipatkan ke bawah dada.

“Sebab ada orang lain yang masuk dalam dengan uwan. Jadi saya terpaksalah bagi dia masuk tengok awak.” ujar Ziyad. Kedua - dua belah bahunya dijungkitkan.

Dayana mengerutkan dahinya. Siapa yang masuk ke dalam dengan uwan? Tak akanlah atuk? Atuk ada saja berdiri disebelah Ziyad ini.

Melihat wajah bingung Dayana, Ziyad mengukir senyuman kecil. Kedua - dua belah bahu Dayana dipusingkan supaya tubuh kecil itu menghadap ke belakang.

Kelihatan daripada jauh terdapat dua susuk lainnya yang berjalan disebelah kanan dan disebelah kiri uwan. Dayana memincingkan matanya. Wajah kedua - dua susuk itu dipandang lama── cuba untuk mengenal pasti siapakah gerangan itu.

Sepasang mata kecil itu terbuka luas. Secara langsung, Dayana menapak selangkah ke belakang. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Tubuh Dayana ditolak lembut oleh Ziyad, “Nanti salam mama dengan papa.”

Ya, sepasang manusia yang berdiri disebelah kanan dan kiri uwan ialah mama dan papa.

“Apa pun yang keluar daripada mulut mama dan papa nanti, awak fikir baik - baik dulu sebelum jawab. Saya tak nak mempengaruhi keputusan awak nanti. Satu saja saya nak pesan, seburuk apa pun perilaku mama dan papa terhadap awak... Kalau tanpa doa mereka, awak tetap tak akan sampai ke tahap ni.” pesan Ziyad.

Sang suami mula mengundur beberapa langkah ke belakang. Dibiarkan sahaja Dayana yang masih kaku ditempatnya itu. Ziyad mengambil keputusan untuk berdiri disamping Encik Jalani.

Puan Khalijah melangkah menghampiri Dayana. Tubuh cucu sulungnya itu dirangkul erat, “Tahniah, kakak. Uwan banggo dongan kakak.”

“Terima kasih, uwan.” ucap Dayana. Pelukan diantara Puan Khalijah dan Dayana terlerai.

“Uwan ingatkan papa kau sorang ajo doktor dalam keluargo ni. Ghupa eh ado laie penyambung warisannya.” ujar Puan Khalijah bersama dengan tawa halus dihujung.

Dayana turut tertawa halus, “Kan uwan suko tengok doktor perempuan. Ha, lopeh ni uwan tengoklah akak pueh - pueh.”

Wanita berusia itu memukul lembut lengan Dayana. Kemudian, Puan Khalijah menoleh ke belakang bagi melihat anak dan menantunya. Wanita itu kembali menoleh ke arah Dayana.

“Mama dengan papa ado bondo nak cakap dongan kakak. Uwan beransur dokek Yad ngan atuk, yo?

Lambat - lambat, Dayana mengangguk. Selepas sahaja Dayana mengangguk, Puan Khalijah terus berjalan ke arah Ziyad dan Encik Jalani. Kini, anak mata Dayana tertancap pada Puan Dhalila dan Encik Zahrin yang berada dihadapannya.

Tangan Dayana, Puan Dhalila cuba raih. Dayana tidak menepis. Malah dibiarkan sahaja wanita bergelar ibu itu memegang tangannya.

“Tahniah, kakak. Mama minta maaf sebab banyak buat salah dengan kakak selama ni. Mama minta maaf sebab terlalu ego dengan kakak. Percayalah, jauh di sudut hati mama... mama sangat bangga dengan kakak. Cuma mama terlalu ego buat menyatakan itu.

Mama sepatutnya faham kakak juga. Mama minta maaf sebab lambat sedar. Mama tahu, semua orang penat. Mama minta maaf. Mama tak patut fikirkan diri sendiri aja. Betulah apa yang kakak selalu cakap pada mama. Zaman mama sekolah dulu, mama tak berada dekat sekolah lama macam kakak. Mama lebih banyak luangkan masa di rumah berbanding disekolah.”

Puan Dhalila jeda. Wajah anak perempuannya itu ditatap lembut.

“Mama minta maaf. Bila kakak bandingkan mama dengan mummy Rauha, barulah mama sedar yang selama ni, kakak banyak terasa hati dengan mama. Mama akui, mama tak pernah cuba untuk faham anak mama ni. Mama selalu fikir tentang diri mama aja. Mama terlalu mahukan kesempurnaan pada anak - anak mama. Tanpa mama sedar, semua benda ni merosak kesihatan mental anak mama.

Mama kerja, keluar pagi balik petang. Mama balik kerja, penat. Mama tak ada masa pun untuk dengar cerita anak - anak mama dan dengar masalah mereka. Mama fikir, anak - anak mama tak ada masalah. Mama fikir budak - budak sekolah tak layak pun untuk ada masalah. Rupanya mama silap. Mama minta maaf, sayang.” ujar wanita itu panjang lebar.

Air mata yang ditahan sejak tadi, akhirnya jatuh juga. Pinggang Dayana terasa seperti dipeluk daripada belakang. Spontan dia menoleh. Ziyad sudah pun berdiri disampingnya.

Senyuman nipis diukirkan buat Dayana. Lelaki itu mengangguk kecil, menandakan tak apa jika si isteri mahu menangis waktu itu juga.

“Maafkan mama ya, sayang? Tak apa kalau kakak tak nak bekerja lepas ni. Berhentilah dan duduk di rumah aja. Jadi suri rumah tangga. Mama yakin Yad mampu jaga kakak. Mama sedar yang ada anak yang sihat jauh lebih baik daripada ada anak yang bekerjaya.” tambah Puan Dhalila lagi.

Dayana menggelengkan kepalanya, “Tak── tak apalah. Kakak dah lama maafkan mama. Kakak pun nak minta maaf sebab banyak berdosa pada mama.”

“Kakak tak pernah buat salah dengan mama. Mama je yang keterlaluan dengan kakak. Mama sedar yang selama ni kakak buat semuanya sendiri. Mama dulu tak pernah pun belajar sambil kerja macam kakak. Mama sepatutnya tolong kakak sepanjang kakak bergelar pelajar tapi mama sikit pun tak tolong kakak. Mama biarkan aja kakak dekat negeri orang sendiri.”

It's okay, it's okay. Kakak dah habis belajar dah pun. Mama dah tak perlu fikir lagi dah tentang ni semua. Kita mula semula──”

Dayana jeda. Nafas dihembuskan kedengaran berat.

“Kita mula semula sebagai anak dan ibu ya?”

Puan Dhalila mengangguk. Tubuh anak sulungnya itu ditarik ke dalam pelukannya. Wajahnya disembamkan pada bahu Dayana yang sedikit tinggi itu.

“Terima kasih sebab banggakan mama dengan papa. Mama bangga dengan kakak. Mama bangga dengan Doktor Dayana Zhalifah binti Doktor Mohammad Zahrin.” ucap Puan Dhalila ikhlas.

“Terima kasih, ma. Terima kasih juga sebab dah datang jauh - jauh untuk tengok kakak.”

“Mestilah mama datang untuk tengok kakak. Siapa je tak bangga anak dia sandang gelaran Doktor?”

Dayana terkekeh perlahan. Pelukan Puan Dhalila, dia balas semula. Air mata yang masih bersisa Dayana kesat menggunakan kekura tangan.

Pada akhirnya, semuanya mula berubah sedikit demi sedikit. Akan selalu ada hal yang baik, dalam setiap jalan cerita yang sudah Allah tentukan.

Kerja kita sebagai manusia hanyalah perlu berusaha dan sentiasa meminta doa dan bantu daripada-Nya. Urusan lain, biarkan sahaja Dia uruskan kerana tidak semua permulaan kisah yang buruk bakal berakhir buruk.

Dan tidak semua permulaan kisah yang baik bakal berakhir dengan kisah yang baik juga.

Jadi teruslah berdoa dan percaya akan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya agar pengakhiran yang terbaik diberikan kepada kita.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang