[ edited ] O21

308 42 6
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LAMANYA TAK jumpa Ayaa!" girang suara Nur memenuhi ruang tamu rumah itu.

Tubuh gadis berambut separas tengkuk itu dipeluk erat. Boleh dikatakan hampir dua bulan selepas majlis perkahwinannya berlangsung, dia tidak bersua dengan Dayana.

Dayana hanya senyum segaris. Dia turut membalas pelukan Nur. Diusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu.

Lama mereka dalam keadaan begitu. Beberapa minit kemudian, pelukan terlerai. Bahu Dayana ditumbuk kasar oleh Nur.

“Kau tak cakap pun yang kau nak kahwin dengan Ziyad. Fake friend betul. Aku dah agak dah kau orang mesti berjodohan.” sindir Nur.

“Aku pun tak tahu. Semua benda berlaku dengan cepat. Aku pun tak boleh nak cakap apa - apa.” Dayana menjungkitkan sepasang bahunya.

“Tak apalah, weh. Percaya aja pada percaturan Allah. Dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.”

Segaris senyuman diukir buat Nur. Gadis itu mengajak Nur duduk dikerusi meja kopi yang berada diluar rumah Puan Aida. Meja kopi itu betul - betul menghadap kolam renang.

“Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku risaukan.” keluh Dayana.

Tangannya naik dibawa ke rambut. Rambutnya ditolak ke belakang menggunakan jari - jemarinya. Keluhan kecil terbit pada ulas bibirnya.

“Aku takut pilihan aku salah. Sejujurnya, aku tak harapkan apa - apa pun dalam perkahwinan ni tapi aku yakin yang umi mesti mengharapkan cucu daripada dua orang anak lelaki dia.

Tapi Nur... aku takut anak - anak aku nanti dapat ayah yang salah. Maksud aku, mereka tak boleh pilih siapa ayah mereka tapi aku boleh. Aku tak tahu kalau Ziyad adalah pilihan yang tepat atau bukan.” luah Dayana panjang lebar.

Keluhan berat terlepas daripada pagar bibir Dayana. Pandangannya dibuang ke arah kolam renang yang berada dihadapan mereka.

“Aya, aku── aku tak pernah fikir macam tu. Aku tiba - tiba rasa bersalah untuk anak - anak aku nanti. Aku hanya fikir siapa yang bakal mendampingi aku dan bukan siapa yang bakal mendidik anak - anak aku nanti.” ujar Nur. Suaranya bergetar sedikit.

Nur menoleh ke arah Dayana. wajah gadis itu dipandang, lama, “Am i a selfish person, Aya? Aku langsung tak terfikir tentang ni.”

No, you aren't. Apa kau merapu ni?” laju sahaja Dayana membidas.

I mean Aidan dia──”

“Aku tak rasa Aidan is a bad person. Tengok daripada cara umi dengan abah dia besarkan Aidan... umi dengan abah besarkan Aidan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik.” ujarnya.

Sejujurnya, dia cemburu dengan Aidan dan Ziyad. Cara mereka dibesarkan berbeza jauh dengan cara dia dibesarkan. Keluarga cemara sangat.

Okay then, macam tulah Ziyad. Macam yang kau kata, umi dengan abah besarkan Aidan dengan baik. Samalah macam Ziyad. Apa yang kau nak risaukan?” Nur memulangkan paku buah keras.

Urgh, dia tertangkap. Licik betul Nur Shaliya Iman ini.

Pap!

Bahu Nur dipukul kasar, “Kau sengaja mahu kenakan aku bukan?”

Bingkas Dayana bangun. Sempat dia menjeling ke arah Nur. Tidak lupa juga untuk menjelirkan lidahnya kepada gadis itu.

Dayana menapak terlebih dahulu. Dia mahu masuk ke dalam untuk mencari Ziyad. Hari sudah pun lewat malam. Dia perlu pulang ke rumah sewanya semula.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang