ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEMINGGU LEPAS kejadian dia dan Ziyad berjumpa ditasik buatan, dia langsung tidak bertemu dengan Ziyad.
Entah ke mana lelaki itu pergi pun dia tidak tahu. Dia bukannya ada nombor telefon Ziyad mahupun apa - apa sosial media yang berkaitan dengan lelaki itu.
Sebuah tablet dan beberapa buah buku memenuhi meja makan Daily Need Mart itu. Disebabkan hari sudah pun beransur lewat, pelanggan di situ tidaklah terlalu ramai.
Jadi dia boleh mengulangkaji pelajaran dengan aman. Lagian pula, belajar pada waktu malam mudah hafal. Nak faham pun senang.
"Malam ni Shazreen tak ada. Dia ambil cuti. Kau okay ke jaga kedai seorang diri ini?" soal Omar.
"Okay je. Bukannya ada kak ponti pun." selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya.
"Kau── mulut kemain celupar. Kalau tak ada kak ponti, paling - paling momok ada."
"Kau jauh lebih merapu daripada aku." cebik Dayana.
"Okay ah, aku nak gerak ke Hospital Kuala Lumpur. Nanti apa - apa call aja aku." pesan lelaki bernama Omar itu.
Dayana mengangguk. Seterusnya, dia menemani pemergian Omar menggunakan anak matanya. Usai, dia melangkah masuk ke dalam kedai semula.
Alah, setakat jaga kedai seorang - seorang apa ada hal. kalau ada momok, tinggal ketuk je guna batang penyapu.ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
BUK!
Sedang asik gadis itu mengulang kaji pelajaran, bunyi tin jatuh daripada rak makanan kedengaran. Terus tegak sahaja badan Dayana.
Keluhan kecil dilepaskan oleh Dayana. Jam dinding analog yang tergantung pada dinding kedai dikerling.
Sudah hampir pukul 8 malam.
Dia cuak. Otaknya mula memikirkan perkara yang bukan - bukan. Namun cepat - cepat dia menolak prasangka buruk itu.
Barangkali tikus sahaja.
Semakin disangkal, semakin prasangka buruk itu menyerbu dirinya. Dia mula berfikir bahawa yang berada di belakang sana ialah makhluk selain manusia.
Kalau nak cakap pelanggan, bunyi loceng pada pintu masuk pun dia tak dengar. Mustahilah ada orang masuk ke dalam kedai itu.
Entah - entah momok?
Dayana langsung menyerabutkan rambutnya. Rimas dengan anasir - anasir buruk yang bermain di dalam mindanya.
Terus gadis itu bangun. Sebatang penyapu yang berada dibelakang kaunter diambil lalu dibawa bersama. Kaki mula diatur ke arah rak makanan yang berada dihujung kedai.
Setapak.
Dua tapak.
Tiga tapak.
Gadis itu memanjangkan lehernya bagi meninjau apa yang berada disebalik rak itu. Seraya dengan itu, dia mengangkat penyapu tersebut separas kepala── dipegangnya seperti memegang kayu baseball.
Sekali lagi Dayana meninjau. Secara tidak langsung, pandangannya bertaut dengan sesuatu. Spontan penyapu yang dipegang olehnya itu dihayunkan.
"Nyah kau dari sini, momok!"
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)