[ edited ] O11

363 40 11
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ BISINGLAH, CHOT! Jangan sampai aku baling kau.” Laung satu suara. Tidaklah nyaring, tidaklah lembut. Namun masih kedengaran berang.

“Apa salah aku? Kan aku kejut kau orang aja.” ujar gadis yang digelar ‘Chot’ itu dengan wajah polos.

“Eee, kau──”

“Man, sabar tho. Mati anak orang kalau kau bantai kang.” sampuk seorang gadis. Tubuh Iman dipeluk erat supaya tidak memukul Chot.

“Biar! Ada ke kejut orang bangun tidur guna periuk dengan sudip. Lambat laung, pekak aku.” berang Iman. Tubuh sahabatnya itu ditolak kasar bagi meleraikan pelukan mereka.

“Agak - agak ah, Chot. Periuk dengan sudip? Kau nak bagi jiran sebelah rumah dengar sekali ke apa?” soal seorang lagi gadis.

Gadis itu melangkah menuruni anak tangga lalu berjalan ke ruang tamu. Irisy Zhulaiqa, Nuriman Nadrah dan Siti Marissa Qaisara sudah pun berada disitu.

Pagi - pagi lagi dah bertengkar.

“Dianah! bila bangun?” soal Marissa kepada gadis bernama Dianah Haniesya itu.

“Baru je tadi, Chot. Terjaga sebab ada orang itu ketuk bontot periuk guna sudip. Nyaring kemain bunyi dia.” sindir Dianah.

Sudah tentu si pelaku ialah Marissa. Siapa lagi kalau bukan gadis itu yang selalu membuat riuh rumah tersebut.

“Eh, Ja mana? Tak akan tak bangun lagi?” soal Irisy. Baru dia sedar akan ketidakhadiran rakannya itu.

“Haahlah. Mana pergi roomate kau itu, Na?” soal Iman kepada Dianah.

“Ja bangun dah. Cuma dia tengah belek - belek buku. Biasalah minah tu. Buku dan dia mana berpisah.”

Dianah mula melangkah ke arah sofa. Seterusnya gadis itu melabuhkan punggungnya disitu. Lengan baju Iman ditarik kasar. Langsung terduduk anak dara orang itu.

“Sekarang dah cuti sem. Rileks aa dulu. Awal lagi nak study kot iya pun.” ujar Iman.

“Ouh, haah. Dah cuti sem.” gumam Dianah perlahan.

“Ha, cuti semester ini kau orang tak ada mahu kemana - mana?” soal Irisy. Gadis itu sudah pun melabuhkan punggung disamping Marissa.

“Balik rumah umi kot. Nak melawat abah.” ujar Dianah.

“Kerjalah weh, aku bukannya ada kereta pun nak balik ke Johor sana.” kini, Iman bersuara.

Seterusnya, Irisy menolehkan wajahnya kearah Marissa. Gadis itu sahaja yang masih belum menjawab soalannya tadi.

“Apa?” soal Marissa bingung. Ke semua wajah yang ada diruang tamu itu dilewati satu per satu.

“Kau balik mana cuti sem── eh! Alahai, kau dah kerja. Nak cuti semester apa bendanya.” ujar Irisy diakhiri dengan kekehan tawa.

Lupa pula. Hanya Marissa seorang sahaja yang sudah bekerja. Selainnya, masih lagi melanjutkan pelajaran di Universiti.

“Tahu pun kau. Kalau aku cuti, aku jamin... kedai aku rentung habis.” jawab Marissa bersama dengan kekehan tawa diakhirnya.

“Melayang duit Chot yang berkepuk - kepuk itu.” tambah Iman lagi.

Makin galak mereka tertawa. Dianah sudah pun merebahkan diri pada riba Iman── kelakar mendengar lelucon Iman.

“Eh, anyways. Kau perasan tak lelaki yang hantar Ja balik tempoh hari? Dia dah ada boyfriend ke weh?” soal Marissa tiba - tiba.

Tempoh hari, dia pulang ke rumah sewa sekitar pukul 6.15 petang dan ketika itu dia terserempak dengan Dayana di hadapan pagar rumah. Namun yang peliknya, gadis itu turun daripada sebuah kereta yang tidak pernah dilihat oleh Marissa.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang