ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SENYUMAN KECIL tidak lekang daripada wajah Dayana. Hati kecilnya masih lagi berbunga - bunga sejak pagi tadi.
Setidaknya, rasa sedihnya sudah kurang berbanding pagi tadi.
"Hai, bintang. Buat apa dekat luar ni?" tegur satu suara.
Tidak perlu disangkal lagi. Tiada orang lain yang pernah memanggilnya bintang melainkan Ziyad. Dayana mengangkat wajahnya. Ziyad yang berdiri dihadapannya itu dipandang.
"Usha cucu uwan Kalsom. Cucu dia yang lelaki itu handsome."
Walaupun gadis itu tampak bergurau, namun dia tetap memanjangkan lehernya ke arah rumah Puan Kalsom. Untung - untung nampaklah cucu lelaki Wan Kalsom itu.
Tetapi, dia pun kurang pasti sama ada cucu lelaki Puan Kalsom itu balik atau tidak. Selalunya apabila dia balik Jelebu, ada sahaja cucu Puan Kalsom itu.
"Ohlah, handsome sangat ke dia? Cuba bagi saya pula yang usha. Mana tahu berkenan. Boleh suruh umi masuk minang dia── aduh!"
Sebatang pen dibaling tepat mengenai dada Ziyad. Spontan lelaki itu memegang dada kirinya. Tidak sakit tetapi lebih kepada terkejut.
"Banyaklah. Kalau umi tahu, silap - silap masak kau kena gulai dengan dia." cebik Dayana.
"Dah awak puji dia beria. Saya pun teringinlah nak tengok pujaan hati awak itu." gumam Ziyad. Lelaki itu mencebik. Mahu bergurau pun tak boleh.
"Kenapa kau duduk jauh sangat?" soal Dayana.
Dia perasan akan jarak diantara dirinya dan Ziyad. Gadis itu duduk diatas buaian kayu manakala Ziyad duduk dihadapannya. Namun jarak diantara mereka agak jauh.
Bahkan ketika dia berbual dengan Ziyad, dia perlu meninggikan sedikit ton suara agar lelaki itu dapat mendengarnya.
"Nanti mama marah awak lagi. Saya tak berapa suka tengok awak menangis macam tengah hari tadi." gumam lelaki itu.
"Tak adalah. Aku okay je. Terima kasih sebab cari aku." ucap gadis itu, ikhlas.
"Sama - sama, bintang. Kasih diterima."
Laju sahaja Dayana mencebik. Mulut lelaki bertubuh tinggi itu sentiasa manis. Kalau macam ini, lama - lama dia boleh terkena diabetes.
"Aku nak masuk dalam. Kalau kau nak duduk dekat luar, duduklah. Aku baru lepas tinjau bintang. Banyak juga dekat langit." ujar Dayana.
Gadis itu bingkas bangun. Beberapa barangan yang dibawa keluar tadi diangkut semula. Dia mula membuka langkah meninggalkan kawasan garaj.
"Oh, ya. Malam ni kau tidur dalam bilik Paklang. Aku tidur dengan uwan. Bilik semalam mama papa guna." pesan Dayana lagi.
Gadis itu sempat menoleh ke arah Ziyad. lelaki itu hanya mengangguk sebagai response.
Selepas sahaja bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. Dia berjalan melebih kawasan berbumbung. Seterusnya, kepala didongakkan ke atas.
Seperti malam sebelumnya, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. Rupanya tetap indah dan cantik.
Dia tidak akan pernah bosan melihat langit malam. Tambahan pula, apabila langit tersebut dihiasi bintang dan ditemani oleh bulan.
Sama seperti malam ini.
Laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. Telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan ke arah langit.
snap!
Sekeping gambar berjaya ditangkap. Lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)