[ edited ] O35

309 42 16
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    ❝ BINTANG, MARAH lagi ke?” soal Ziyad.

Bahu kecil itu disentuh lembut dari belakang. Spontan gadis itu menoleh. Decitan kecil terlepas daripada ulas bibir Dayana. Pandangan kembali dilempar ke hadapan.

“Aya... saya minta maaf. Saya janji, saya akan cerita tapi bukan sekarang. Saya perlukan masa.” rayu Ziyad.

“Okay.”

Ziyad mengeluh. Sudah semalaman Dayana begini. Sepatah - sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada bibir si isteri. Sepertinya Dayana benar - benar marah padanya.

“Petang ni, awak ada apa - apa jadual tak? Pergi ke medical center ke? Atau dewan kuliah ke?” soal Ziyad. Cuba untuk mengajak si isteri berbual.

Dayana menjungkitkan sebelah keningnya. Ziyad yang berjalan ke ruang kosong disampingnya itu dipandang. Dia melabuhkan punggungnya di situ.

“Saya nak ajak pergi Food Festival dekat tasik buatan tu. Nak pergi tak?”

Food Festival?” soal Dayana dan Ziyad mengangguk.

“Nak tak? Ada macam - macam. Ayam gunting, aiskrim, candies and gummies──

“Nak!” laju Dayana menjawab. Mata yang tadinya datar kini bersinar. Wajah Ziyad dipandang penuh harapan.

Spontan, senyuman lebar terukir pada wajah Ziyad. Lengan Dayana dipeluk erat lalu kepalanya direhatkan pada bahu si isteri.

“Petang ni saya bawa awak. Tapi janji jangan masam muka dengan saya lagi?” ujar Ziyad. Wajah dilagutkan bagi melihat wajah si isteri.

“Janji yang kau akan cerita dengan aku?”

Ziyad mengangguk, “Janji! Tapi bukan hari ni ya, bintang? Saya perlukan masa sikit je lagi.”

“Ya ya ya. Aku percaya.”

Ziyad kembali menjarakkan diri mereka. Jari kelingkingnya dihulurkan kepada Dayana, “Pinky promise so that saya tak mungkir janji.”

Dayana mengukir senyuman nipis. Jari kelingkingnya ditautkan bersama dengan jari kelingking milik Ziyad. Tautan kedua - duanya dikemaskan.

“Tapi aku pun ada permintaan.” ujar Dayana. Tautan jari mereka dileraikan.

“Apa?”

“Teman aku pergi majlis tunang Irisy Ahad ni. Bolehkan?”

Ziyad mengangguk, “Boleh! Untuk awak semua boleh.”

Dayana menggumam kecil. Tiada lagi perbualan diantara mereka selepas itu. Yang kedengaran hanya bunyi kipas sahaja. Televisyen juga tidak dihidupkan.

“Kau ada allergic kucing?” soal Dayana tiba - tiba.

“Awak nak ajak saya pergi pet shop ke?”

Dayana mengerutkan dahinya, “Bila pula aku mention pet shop?

“Dah tu, kenapa awak tanya saya ada allergic kucing ke tak?”

“Saja.”

“Ingatkan nak bela sekor tadi.” cebik Ziyad. Lengan Dayana dipeluk kembali.

“Nanti ajalah kalau nak bela. Daripada beli dekat pet shop lebih baik bela street cats. Kucing mahal ni lecehlah kalau nak bela.”

“Mana awak tahu kucing mahal leceh nak jaga?” soal Ziyad. Menarik pula isu kucing ini.

“Dekat rumah mama papa ada seekor. Nama dia kuah kari. Tapi dia street cat. Kucing datang.”

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang