ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TUNGGU CIK abang ke tu, Ja?” tegur Irisy. Bahu Dayana dirangkul daripada tepi.
“Tak adalah. Hari ni aku balik sendiri. Saja ambil angin dulu sebelum balik.”
“Jangan ambil angin lama sangat. Takut Naira dengan konco - konco dia datang menyemak.”
Seraya dengan itu, Dayana menghamburkan tawanya. Lama juga dia tidak dengar cerita tentang Naira. Malu kelmarin masih belum habis ke?
“Biarlah, Naira tu. Malas aku nak ambil tahu fasal dia. Lagipun apa dia boleh buat, yang kahwin dengan Ziyad tu aku. Bukan dia. Jadi tak perlulah kot nak terhegeh - hegeh dekat suami orang.”
“Ck, lepas kahwin ini aura bini orang terus terserlah.” kutuk Irisy.
“Ni ke Jaja yang bising tak mahu kahwin dulu tu? Tahu - tahu dia kahwin paling awal.” sampuk satu suara. Serentak Irisy dan Dayana menoleh ke samping.
“Yang kau berdua masih lagi tercongok depan pintu masuk fakulti ni kenapa?” soal Iman.
“Saja melepak. Kau ni daripada mana? Apahal pula budak accountancy ada dekat blok ni?” soal Dayana. Suara gadis itu jelas menunjukkan yang dia sedang menyindir.
“Oh, aku ada urusan dengan Prof. Dean tadi. Tu yang aku datang blok ni.” jelas Nuriman.
Dayana dan Irisy hanya mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang pertemuan Iman dan Professor Dean. Nanti ke cop menyibuk.
“Eh, ha. Minggu depan majlis tunang kau dengan Hazael, kan?” soal Iman tiba - tiba.
“Eh, haahlah. Aku lupa nak beritahu Jie fasal majlis tunang kau. Nasib baik Iman ingatkan.”
Patutlah dia rasa seperti ada yang mahu dikatakan kepada Ziyad. Perihal majlis tunang Irisy rupanya. Tetapi itulah tak kesampaian lagi.
“Datanglah nanti. Aku buat dekat rumah ibu. Malam tu pula aku buat dekat dewan. Time tu aku jemput budak - budak maktab.”
“Kalau aku datang pagi je boleh tak? Malaslah nak jumpa budak - budak maktab.” keluh Dayana. Sebenarnya, lebih kepada malas bersua dengan Ezham dan Juhaina.
“Ah, kau! Jangan nak mengada.”
Laju sahaja Dayana mencebik. Baru berniat mahu melarikan diri daripada Ezham dan Juhaina. Tak dapat keizinan pula.
“Nanti, sehari lepas majlis tunang kau, ada game F1 dengan Sepang tho. Aku ingat nak pergi tengok. Kau nak ikut?” soal Dayana.
“Tak naklah. Panas. Kau ajaklah Ziyad pergi Sepang.” tolak Irisy.
“Aku nak pergi tapi itulah. Kalau kau ajak Ziyad, nanti aku jadi nyamuk pula.” Iman pula bersuara.
“Alah, jomlah. Nanti Hazaen main tahu? Bila lagi aku nak tengok Hazaen main?” cubaan memujuk diteruskan.
“Tak naklah aku tengok Hazaen tu. Kau pergilah ajak Ziyad.” tolak Irisy lagi.
Entah siapa - siapa sahaja lelaki bernama Hazaen itu. Dia kenal pun tidak dengan lelaki yang sering menjadi buah mulut gadis - gadis disekitarnya itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
TOMBOL PINTU dipulas. Daun pintu berwarna putih kosong itu ditolak. Sejurus itu, dia melangkah masuk ke dalam apartment itu.
Gelap. Satu patah perkataan itu cukup untuk menggambarkan keadaan rumah mereka.
Ziyad belum balik lagi ke? getus hati gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)