ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA selesai sarapan, sepasang manusia itu sudah pun siap ingin pulang ke Kuala Lumpur. Masing - masing sudah pun mengenakan pakaian yang sesuai.
Beg baju juga sudah pun dikemas malam tadi.
“Bawa motor elok - elok. Jangan bawa laju bona.” pesan Puan Khalijah setelah gadis itu menyalami tangannya.
“Taklah, mana ada laju. Paling - paling 120 km/j.”
Pap!
Bahu Dayana dipukul kasar. Spontan gadis itu menghamburkan tawanya, “Lajulah tu! Jangan nak mengado. Awak tu lagi sebulan nak kahwin.”
“Eh, bila masa tah kitanya nak kahwin.” cebik Dayana. Sempat dia menjeling ke arah Ziyad sekilas.
Kemain sakan lagi lelaki itu mengoyak senyum.
Dayana melangkah ke Encik Jalani pula. Tangan kekar lelaki bergelar atuk itu dicapai lalu dikucup kekura tangannya.
“Jago diri kat Kolumpo itu. Bolaja rajin - rajin. Nanti time graduate atuk dongan uwan datang.” pesan Encik Jalani.
Dayana mengangguk. Tubuh atuknya direngkuh lembut. Kemudian, dia kembali menjarakan diri dengan Encik Jalani.
Tubuhnya dipusingkan untuk memakai kasut. Belum sempat kasut disarungkan, Ziyad terlebih dahulu menarik sepasang kasut berwarna hitam itu.
Lelaki itu melutut dihadapan Dayana. Mungkin lelaki itu baru selesai memakai kasut, “Pergi salam mama dengan papa.”
Laju gadis itu mendengus kasar. Kepala digelengkan tanda protest. Namun tidaklah terlalu keterlaluan sehingga orang lain boleh lihat. Suara Ziyad juga hanya boleh didengari oleh mereka berdua sahaja.
“Pergi salam mama dengan papa, bintang. Tak baik tau pergi macam ni.” kali ini suara Ziyad berubah tegas.
Sekali lagi gadis itu mendengus kasar. Dia bingkas bangun lalu berjalan ke arah orang tuanya. Tangan dihulurkan kepada papa.
Namun sedikit pun dia tidak melihat ke arah ayah kandungnya itu. Wajahnya ditundukkan.
Tangan Dayana disambut oleh Encik Zahrin. Seterusnya, kekura tangan si ayah dikucup sekilas. Tangannya direntap kasar apabila selesai menyalami si ayah.
“Jaga diri baik - baik, kakak.” lembut sahaja si ayah bersuara.
Dayana hanya menggumam perlahan. Kemudian, gadis itu beralih pada Puan Dhalila yang berada disamping si ayah.
Tangannya dihulurkan kepada si ibu. Tiada response daripada Puan Dhalila. Tangan anaknya dipandang kosong.
Dayana menyimpan semula tangannya. Tubuh dipusingkan lalu dia melangkah semula ke arah Ziyad. Sepasang bola mata itu dipusingkan.
Kasut yang ditahan oleh Ziyad itu diambil secara kasar. Laju dia menyarungkan kedua - dua belah kasut itu pada kakinya.
Selesai mengikat tali kasut, Dayana bangun. Sempat dia menoleh ke arah Puan Khalijah dan Encik Jalani. Senyuman manis diukirkan buat uwan dan atuk.
“Nanti kita jumpa lagi ya, uwan, atuk? Jaga diri tau. Kalau ada apa - apa call akak cepat - cepat.” pesan Dayana.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
❝ AIK, JA? Awalnya balik. Kata stay rumah uwan dua minggu?” soal Irisy Zhulaiqa sebaik sahaja Dayana melangkah masuk ke dalam rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)