[ edited ] O19

317 40 10
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    AIR SUSU suam yang berada dalam cawan itu dimain menggunakan sudu oleh Ziyad. Dia termenung jauh. Air susu buatan Puan Aida itu masih belum dijamah. Dia mengeluh kecil dilepaskan.

“Minumlah, Yad. Umi buatkan Yad air untuk minum. Bukan dimainnya air susu tu.” tegur Puan Aida.

Ziyad hanya tersenyum tawar. Gelas itu diambil lalu dibawa ke ulas bibir. Kemudian, disisipnya air susu suam tersebut.

“Bila Yad nak bawa Aya jumpa umi?” soal Puan Aida spontan.

Pft──

“Astaghfirullahalazim, Ziyad Nufael.”

Bingkas Puan Aida bangun untuk mengambil beberapa helai tisu. Wanita itu kembali semula ke arah Ziyad bersama dengan beberapa helai tisu lalu dihulurkan kepada anak lelakinya itu.

Laju Ziyad menyambut huluran si ibu. Sehelai tisu dibawa ke mulut bagi mengesat sisa air susu. Manakala beberapa helai tisu lagi digunakan untuk mengelap sisa air susu yang terperecik.

“Yad tak tahulah, umi. Macam yang Yad kata ke umi, Aya buat semua ni bersebab. Umi rasa keputusan Yad ni tepat ke?” soal Ziyad.

Puan Aida mengukir senyum manis buat. Bahu Ziyad diusap lembut, “Yad dah besar. Yad dah boleh buat keputusan sendiri. Umi hanya boleh bagi pandangan dan pendapat saja. Kalau untuk tentukan alur hidup Yad, itu urusan Yad. Umi tak boleh masuk campur.”

Puan Aida jeda. Senyuman semakin dilebarkan.

“Kalau Yad rasa, Yad dah bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami, silakan. Umi tahu Yad mampu untuk galas tanggungjawab dengan baik. Tak kisahlah sebagai seorang anak, guru, adik mahupun kawan.

Kalau betul Yad mahukan Aya, bincanglah baik - baik dengan dia. Walaupun keputusan Aya hanyalah untuk gertak mama dia tapi kalau Yad betul - betul mahu, usahalah.” tambah Puan Aida lagi. Kali ini, bahu lebar anaknya itu ditepuk beberapa kali.

“Umi rasa... Yad boleh ke pikul tanggungjawab sebesar tu? Yad takut, umi. Diri sendiri pun Yad boleh nak urus, macam mana Yad nak urus anak dara orang?” gumam lelaki itu perlahan.

“Macam yang umi cakap, pilihan dekat tangan Yad. Umi hanya boleh bagi pandangan dan pendapat aja.” Puan Aida mengulangi semula hujahnya.

“Makin lama Yad kenal dengan Aya, makin Yad jatuh cinta dengan dia. Yad tahu salah kalau keluar ke sana, ke mari dengan anak dara orang. Yad cuma nak selalu ada dengan dia.”

Nafas berat dilepaskan oleh Ziyad. Sungguh dia mahu memiliki gadis itu tetapi ada beberapa perkara yang dia masih ragu.

“Yad cubalah tanamkan niat yang baik dalam hati tu. Kalau niat Yad baik, Insha Allah... Allah tu akan bantu.” Tubuh sasa milik Ziyad itu dirangkul oleh Puan Aida. Diusap lembut belakang tubuh anak lelakinya itu.

Ziyad menyembamkan wajahnya pada bahu Puan Aida. Dia turut membalas pelukan si ibu.

“Yad sungguh mahukan Aya, umi. Umi tolong Yad, ya?”

Puan Aida mengangguk. Ditepuk - tepuk lembut belakang tubuh tegap anaknya itu, “Iya, umi tolong Yad. Nanti ada masa, bawalah Aya jumpa dengan umi. Sebulan tu tak lama, Ziyad.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SUMPAHLAH── HUMPP!”

“Perlahanlah sikit suara awak tu, sayang oi. Nanti umi dengan Ziyad dengarlah.” ujar Aidan separa berbisik.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang