ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TAWA RIANG mula kedengaran. Dayana mengeluarkan kamera berjenama Instax yang diberikan oleh Ziyad itu. Sekeping gambar Ziyad diambil.
“Aya, mehlah cuba!” panggil Ziyad.
Dayana berjalan ke arah suaminya itu. Kamera berwarna putih itu dihulurkan kepada Ziyad. Dia tidak banyak bunyi── menyambut sahaja huluran isterinya itu.
Bola berwarna oren polos dihiasi garis melengkung hitam itu, Dayana ambil. Sepasang anak mata coklat terang itu mula tertancap pada jaring. Bola dilemparkan ke jaring tersebut.
Masuk!
Dayana bersorak gembira. Dia turut melompat - lompat kecil kerana berjaya. Dayana memusingkan tubuhnya menghadap Ziyad. Wajah bangga ditayangkan.
Tangan kekar Ziyad naik mengusap kepala Dayana yang masih berbalut tudung itu, “Good job, bintang. Lepas ni kita boleh lawan siapa score paling banyak.”
“No problem! Siapa kalah kena belanja aiskrim.”
Ziyad mengangguk yakin, “Deal! Confirm saya yang menang.”
“I love your confidence.” gumam Dayana. Kepala dilagutkan bagi melihat wajah Ziyad. Manakala Ziyad menunduk bagi melihat Dayana.
“I love you too.” ujar Ziyad bersama dengan kenyitan mata.
Spontan, Ziyad menyeringai kecil. Pipi merah merona Dayana itu dicubit lembut. Geram betul dia dengan Dayana. Comel sungguh!
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
DAYANA MENGHAMBURKAN tawanya. Wajah cemberut Ziyad dipandang lucu. Aiskrim kon yang dipegang dihulurkan kepada Ziyad.
“Rasalah sikit.” ujar Dayana. Senyuman manis terukir pada wajahnya.
“Tadi tu saya saja je bagi chance biar awak menang. Jangan nak riak wal takbur sangat eh.” cebik Ziyad. Aiskrim kon yang dihulurkan oleh Dayana diambil.
Selepas mengigit sedikit aiskrim vanilla milik si isteri itu, dia memulangkan semula aiskrim tersebut kepada Dayana. Ziyad berdecit kecil.
“Eleh, cakap jelah yang awak sebenarnya memang tak reti main. Skill issues.”
“Selain daripada main bola sepak... saya main basketball juga. Mustahilah kalau saya kalah dengan awak.” lelaki bertubuh tinggi itu tidak puas hati.
Dayana menjungkitkan bahunya, “Mungkin semesta berpihak pada saya kali ni.”
“Semesta sentiasa berpihak pada awak, bintang.”
Dayana tersentak. Entah kenapa ayat Ziyad itu berjaya meninggalkan kesan dihatinya. Aiskrim yang berada ditangan, Dayana sambung makan. Dia mengeluh kecil.
Kalau semesta benar - benar sentiasa berpihak pada saya... kenapa saya tak macam anak - anak lain yang rapat dengan ibu dan ayah mereka? Namun ayat tersebut hanya pecah dihati.
Langkah Dayana mati. Hujung baju Ziyad ditarik oleh Dayana. Spontan, Ziyad menundukkan pandangannya. Sebelah keningnya dijungkitkan sebagai tanda, ‘Apa dia?’
“Boleh tak kita singgah kedai buku?”
“Awak nak beli apa?”
“Beli keuy teow── of course-lah nak beli buku. Awak rasa kedai buku ada jual char keuy teow ke?” sarkastik Dayana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)