[ edited ] O15

312 38 13
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ KENAPA UWAN tak bagitau yang mama dengan papa balik?" soal Dayana. Gadis itu tidak suka dengan kehadiran mama dan papa.

"Uwan pun tak tahu mama kau nak balik. Tahu - tahu yo dah ado luar pagar." ujar Puan Kadijah.

"Tak sukalah, akak." bengis gadis itu. Sungguh dia rimas akan kehadiran dua orang itu di sini.

Dia duduk dibangku yang berada di luar dapur basah. Sementara Puan Khalijah pula memasak hidangan makan tengah hari.

"Mama dengan papa duduk sini sampai hari apa?" soal Dayana lagi.

"Lama juga. Seminggu macam tu."

"Kalau macam tu nanti hari Ahad akak balik Kuala Lumpur. Malas nak duduk sini lama - lama. Nanti berkelahi aja." putus Dayana.

Belum sempat gadis itu melangkah masuk ke dalam dapur kering, Ziyad terlebih dahulu berada dimuka pintu. Hampir sahaja gadis itu berlaga dengan tubuh Ziyad.

"Nak ke mana, bintang?" soal Ziyad. Kepalanya ditundukkan sedikit bagi melihat wajah Dayana.

"Keluar. Rimas duduk dalam rumah ni." datar sahaja gadis itu berucap.

"Kakak... Janganlah macam tu. Poie lah bocakap dongan mama papa. Tak baik buat mama dengan papa macam ni." tegur Puan Khalijah lembut.

“Habis apa yang mama dengan papa buat dekat kakak tu baik ke?” Gadis itu mengetap bibir. Rasanya seperti ingin menangis sahaja ketika itu.

Tanpa berlengah, gadis itu memusingkan tubuhnya. Laju sahaja dia berlari ke arah bahagian depan rumah── memandangkan dapur basah berada dibelakang rumah Puan Khalijah.

Jadi dia boleh berjalan dari dapur ke garaj tanpa perlu masuk ke dalam rumah.

"Kalau Yad nak kejar dia, pergilah. Biasanya Nana ada dekat sungai. Dekat bawah tanah perkuburan sana." ujar Puan Khalijah

Ziyad mengangguk faham. Tidak perlu mengambil masa yang lama lelaki itu melangkah keluar dari dapur basah.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TANGISAN GADIS itu pecah. Sungguh dia sudah lama tidak menangis seperti itu. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dia mencuba pelbagai cara untuk mengelak bertembung dengan mama dan papa.

Jujur, dia tidak kuat untuk berhadapan dengan mama dan papa. Setiap kali dia melihat wajah kedua manusia itu, hatinya sakit.

Perasaan tidak adil mula menghantui dirinya. Pelbagai jenis perasaan turut bercampur baur apabila gadis itu mendengar, melihat atau bercakap tentang mama dan papanya.

Semakin lama, semakin kuat tangisan Dayana. Malah dia turut tersedu - sedan. Bahkan uwan juga tidak membenarkan dia membenci mama dan papa.

Sedangkan dia sangat mahu untuk membenci dua susuk itu dalam hidupnya. Namun seperti yang dia katakan, perasaan tidak adil mula menyerang dirinya.

"Bintang..." seru satu suara.

Tubuh Dayana kejung. Tangannya naik menyeka air mata yang masih bersisa. Selepas menyeka air mata, dia menoleh kebelakang.

Tepat sangkaannya. Ziyad sudah pun berdiri dibelakang. Senyuman nipis dikuntumkan buat Dayana.

"Dekat sini rupanya awak, bintang." gumam Ziyad.

Tanpa dipelawa, ruang kosong yang berada di samping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh. Wajahnya dibuang pada derasnya air sungai.

"Kenapa kau ke sini?" soal Dayana. Suaranya dikawal agar tidak kedengaran bergetar.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang