[ edited ] O45

274 37 13
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  LENANYA MULA terganggu apabila seseorang menggoncang tubuhnya. Perlahan - lahan Dayana membuka kelopak matanya.

Wajah Ziyad merupakan perkara pertama yang dia lihat. Dia mendengus kasar. Posisinya diubah kepada separa duduk. Kaki turut dilunjutkan.

“Bangunlah, ambil wudhu'. Kita solat subuh berjemaah sama - sama.” ujar Ziyad.

Dayana mengangguk kecil. Dia melangkah turun daripada katil. Kemudian, Dayana kembali terduduk. Tangannya naik memegang kepala. Pening.

“Lain kali duduk dulu, tarik nafas. Bukannya terus berdiri. Memanglah pening.” ujar Ziyad.

Dayana hanya menggumam kecil. Betulah apa yang dikatakan oleh Ziyad itu. Mana boleh terus buru - buru bangun. Sekurang - kurangnya ambil jeda sebentar. Taklah kepala itu apabila berdiri nanti.

“Dalam pukul 8 nanti, teman saya lawat ibu ya? Sekalian boleh kenalkan awak pada ibu.” pinta Ziyad.

Gadis itu terdiam. Wajah Ziyad dipandang bingung. Senyuman manis tetap merekah pada wajah si lelaki. Dayana mengangguk kecil. Tangannya naik mengusap kepala Ziyad. Entah kenapa hatinya tergerak untuk melakukan perkara itu.

Sejurus itu, Dayana bingkas bangun. Langkah disusun ke arah bilik air. Pintu bilik air dikatup rapat selepas sahaja dia melangkah masuk.

Ziyad masih pegun ditempatnya. Perlahan - lahan tangan kekar itu naik mengusap kepalanya sendiri. Senyuman kecil terukir pada wajahnya.

Lelaki itu mula rebah di atas lantai. Tubuh tinggi lampai itu berguling ke kiri dan ke kanan secara berulang.

Sukanya, sukanya!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SADAQHALLAHULAZIM.” YASIN yang dipegang dikatup rapat. Kulit luar buku Yasin itu dicium beberapa kali oleh Ziyad.

Kemudian, alunan doa dibacakan oleh Ziyad. Kedua - dua manusia itu menadah tangan serta mengaminkan doa yang dibaca oleh Ziyad itu.

Selesai membaca doa, buku yasin yang berada ditangan Dayana, Ziyad ambil. Bahu si isteri dirangkul olehnya── merapatkan lagi jarak diantara mereka.

“Ibu, Yad datang ni. Tapi hari ni Yad bawa isteri Yad sekali.” ucap Ziyad. Tangannya mengelus lembut timbunan tanah dimakam ibunya itu.

“Maaf sebab lambat jumpa dengan ibu. Kalaulah Yad cari ibu lebih awal lagi, mesti ibu dah jumpa dengan Aya.” tambah lelaki itu lagi.

Tangan kecil milik Dayana naik mengusap belakang badan Ziyad. Lembut sahaja usapan yang diberikan gadis itu kepada Ziyad.

“Tapi tak apalah. Mungkin Allah lebih sayangkan ibu.” tambah lelaki itu lagi.

Suara Ziyad mula bergetar. Nafas ditarik dalam - dalam lalu dilepaskan. Wajahnya dipalingkan ke arah Dayana. Senyuman kecil diukirkan buat isterinya itu.

“Awak nak cakap dengan ibu?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk, “Tapi aku malulah. Boleh tak kau duduk jauh sikit.” minta gadis itu.

“Awak nak mengumpat saya dengan ibu ke?” soal Ziyad. Keningnya terangkat sebelah.

“Mana ada. Aku nak bercakap secara personal. Kau pergilah masuk dalam kereta dulu.” ujar Dayana.

“Iyalah, saya pergi. Saya duduk dekat kubur sebelah. Awak jangan mengumpat saya pula.” pesan Ziyad. Lelaki itu bingkas bangun.

Selepas sahaja memastikan Ziyad duduk berjauhan, Dayana mengalihkan pandangannya ke arah pusaka arwah Nisa. Batu nisan yang berada dipusaka itu diusap lembut.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang