ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ NANTI AWAK balik kuliah pukul berapa?” soal Ziyad. Lock kereta dibuka.
“Pukul enam lebih macam tu. Kenapa?”
“Okay, nanti saya datang jemput awak. Saya tunggu dekat sini. Nanti cari kereta saya dekat sini.” pesan Ziyad.
Dayana menggumam kecil. Pintu kereta dibuka sebelum berterima kasih kepada lelaki itu. Kemudian, pintu kereta dikatup semula.
Namun Dayana masih lagi berdiri disamping kereta Ziyad── menunggu kereta lelaki itu meluncur keluar daripada falkutinya.
Hampir seminit Dayana berdiri disitu dan kereta Ziyad masih lagi belum bergerak. Dayana mengerutkan dahinya. apahal Ziyad ini?
Tingkap kereta pada bahagian penumpang diturunkan. Ziyad merapatkan sedikit wajahnya dengan tingkap tersebut.
“Masuklah falkuti cepat. Saya pandang awak dari dalam kereta.” ujar Ziyad.
Oh, patutlah tak gerak - gerak. Tunggu dia masuk ke dalam bangunan falkuti rupanya. Sengihan kecil ditayangkan. Dayana mengangguk faham.
Cepat - cepat gadis itu berlari anak ke arah bangunan falkuti. Sebaik sahaja kakinya tiba dihadapan pintu masuk utama, dia menoleh semula kearah kereta Ziyad.
Tinted pada tingkap kereta Ziyad tidaklah terlalu gelap untuk Dayana melihat wajah lelaki itu. Ziyad kelihatan sedang tersenyum ke arahnya. Dia melambai ke arah Dayana.
Dayana senyum segaris. Lambaian Ziyad dibalas sebagai tanda terima kasih sebelum dia berlari masuk ke dalam bangunan falkuti.
Sesekali, dia menoleh ke arah luar bangunan falkuti. Kereta berwarna putih itu sudah pun meluncur keluar daripada kawasan falkutinya.
Senyuman lebar terukir pada wajah Dayana. Entah kenapa sikap prihatin Ziyad itu berjaya mengusik hatinya. Rasa diperhatikan dan disayangi.
Dia suka akan keprihatinan Ziyad terhadapnya.
Lengan Dayana direntap kasar daripada belakang. Spontan, tubuhnya terdorong oleh gadis yang sedang berlari itu. Dia mencuba untuk mengstabilkan tubuhnya.
Gerangan yang menarik lengannya itu dipandang.
Irisy Zhulaiqa!
Buk!
Laju sahaja bahu gadis berambut paras pinggang itu ditumbuk, “Gila ke? Aku sikit lagi nak tendang kau.”
“Sorry ah, aku penat nak kejar langkah kau. Laju gila kau jalan sia. Kau jalan ke berlari?”
Sebenarnya, dia sudah mengikuti langkah Dayana sejak daripada awal gadis itu masuk ke dalam bangunan falkuti. Dia juga sempat melihat kereta milik Ziyad dalam kawasan falkuti itu.
Dayana mencebik. Ruas dahi Irisy disentil kasar. Ada - ada sahaja perangai gadis itu, “Ya, kalau penat... launglah nama aku. Macamlah aku ni pekak.”
“Kau memang pekak pun.” bidas Irisy pantas.
“Wah, penghinaan nampak.”
“Eh, aku nak masuk dewan dah ni. Nanti balik ni kita sembang lagi.” ujar Irisy. Bahu Dayana ditepuk lembut.
Dayana hanya mengangguk. Memang sudah masuk musim peperiksaan penggal semester. Wajarlah jika ke semua orang tergesa - gesa sekarang.
Selepas sahaja bayang Irisy hilang, Dayana turut menyambung langkahnya ke dewan kuliah. Dia harus membuat ulang kaji.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BARU SAHAJA dia menapak keluar daripada pintu utama falkuti, kereta milik Ziyad sudah pun kelihatan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)