ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MUNGKIN HAL ini dianggap remeh bagi segelintir orang. Namun isu keluarga bukanlah isu yang ringan. Isu ini perlu dipandang serius dan tidak seharusnya dipandang enteng.
"Sakit lagi tak, bintang?" soal Ziyad. Dia baru sahaja selesai membalut luka Dayana.
Dayana menggelengkan kepalanya, "Terima kasih, Jie."
"Sama - sama. Awak rehatlah dulu. Saya nak turun ambil makan malam untuk awak. Kita makan dalam bilik je lah." ujar Ziyad dan Dayana mengangguk.
Kepala Dayana yang sedang terbaring itu diusap lembut Ziyad. Sempat dia mengucup ruas dahi Dayana sebelum dia melangkah keluar daripada bilik bernuasa merah jambu itu.
Baru sahaja Ziyad mahu melangkah menuruni anak tangga, suara Puan Dhalila dan Encik Zahrin menerjah telinganya. Langkahnya mati.
"Sampai bila awak nak berkeras dengan kakak tu? Abang rasa dah cukup untuk awak layan kakak macam tu."
"Mengada je lah dia tu. Dia tu memang dari zaman sekolah bermasalah. Sampai kena panggil dengan pihak kaunseling sekolah pula. Abang tak tahu betapa malunya saya bila sekolah telefon saya dan beritahu perihal tu." ujar Puan Dhalila. Wanita itu kedengaran berang.
"Tu sebab dia rasa lebih selamat meluah dengan orang luar daripada kita. Awak nampak tak sekarang ni yang dia tak percayakan kita untuk meluah? Pahadal kita ni orang tua dia. Saya sedar, saya banyak salah pada kakak.
Sepatutnya waktu kakak remaja, kita patut tolong dia, beri dia sokongan untuk cari perwatakannya. Tapi apa yang kita buat? Perlekehkan dia. Bandingkan dia dengan Rauha. Sedangkan dia anak kita. Rauha tu bukanlah sesiapa pun dalam keluarga kita ni." Encik Zahrin bersuara.
"Rauha tu anak buah awak je tapi awak banggakan dia macam Rauha tu anak kandung awak. Sedangkan kakak? Awak remehkan kakak. Kakak tu anak kita, Dhalila. Patutnya kita bangga dengan dia." tambah Encik Zahrin lagi.
"Ah, dia tu! Saya dulu tak ada pun mak nak banggakan. Mak saya tu lagi kolot. Dia tu saya dah bagi macam - macam kelengkapan dah untuk dia tapi tetap mahu merungut dan salah saya sebab tak jadi mak yang baik. Dasar tak reti bersyukur. Zaman saya dulu gajet pun tak ada. Dia? Saya belikan laptop, tablet, phone── tapi belajar pun malas."
"Awak sakit hati tak mak buat awak macam tu?" soal Encik Zahrin.
"Of course, sakit hati! Mak tak pernah ucap tahniah pada saya. Tapi elok aja saya hidup sampai sekarang. Berjaya je saya. Jadi je orang. Dia tu mengadalah, bang."
"Macam tu lah kakak rasa. Dia mesti sakit hati dengan kita. Kalau awak sakit hati sebab mak tak pernah hargai awak... Macam tu lah kakak rasa. Cuma dia diam je. Ada dia cakap semua benda ni depan awak? Ada dia bagitahu apa yang dia rasa pada awak?" soal Encik Zahrin lagi.
"Mengadalah dia tu. Hal kecil pun dia nak jadikan alasan mental health issues. Benda bukannya besar mana pun. Lepas itu sikit - sikit cakap nak mati. Ha, pergi je lah mati. Orang lain hidup lagi susah. Merempat tepi jalan tu tapi ada dia cakap nak mati? Dia tu mengada je lebih. Drama." keutuk Puan Dhalila.
"Astaghfirullahalazim." Ziyad menggelengkan kepalanya. Sampai macam itu sekali Puan Dhalila perlakukan Dayana.
"Dhalila, kakak tu dah cuba untuk buat kita bangga. Belajar pandai, top student. Apa yang Rauha peroleh, itu yang kakak perolehi juga. Apa lagi yang awak nak daripada dia? Awak betul - betul nak dia pergi tinggalkan kita baru awak nak rasa kehilangan?" suara Encik Zahrin naik seoktaf.
Puan Dhalila terdiam. Soalan Encik Zahrin dibiarkan menyepi.
"Jangan sampai perkataan yang keluar daripada mulut awak tu, Allah kabulkan. Barulah masa tu awak sedar langit tu tinggi ke rendah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfic★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)