ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ALHAMDULLILLAH, DAH habis ujian akhir semesta!” girang gadis itu bersorak.
“No more tidur pukul 1 pagi bangun pukul 3 dah.” ujar seorang lagi gadis.
“Betul! Bolehlah aku tidur dengan aman lepas ni.” sokong Dayana.
“Tapi tu lah tak boleh nak happy sangat. Housemanship menunggu.” ujar Hanim.
Bahu Hanim, Dayana pukul kasar, “Orang baru nak happy sebab dah habis final exam... Kau boleh pula cakap fasal housemanship. Aku tenyeh kau kang.”
“Entah kau ni, Nim. Bagilah aku menghayati freedom buat sementara ni.” ujar Hanna pula.
Gadis berdua itu merupakan kembar seiras. Sayangnya, mereka tidak sehaluan. Hanim seorang yang agak kasar manakala Hanna seorang yang lembut.
Hanim berdecit perlahan. Dijelingnya Hanna yang berada disamping Dayana itu sebagai tanda tidak puas hati. Dia turut mencuba untuk memukul bahu Hanna namun sempat dielak oleh si kembar.
“Malam ni kau ada nak ke mana - mana?” soal Hanim kepada Dayana.
Dayana menggelengkan kepalanya, “Tak tahu lagi. Takut Yad nak bawa aku keluar.”
“Baru nak ajak lepak dekat tasik depan sana.” cebik Hanim.
“Tengoklah dulu. Kalau tak ada apa - apa nanti aku bagitahu semula.”
Hanim dan Hanna mengangguk, “Eh, aku dengan Hanim balik dululah. Nanti roger balik kalau confirm! ”
Dayana mengekeh tawa kecil. Dia mengangguk. Tangan dilambaikan ke arah Hanna dan Hanim yang mulai menjauh itu.
Seterusnya, kunci motor dikeluarkan daripada dalam beg sandangnya. Langkah seribu dibuka. Dayana berjalan laju ke arah parking motor.
Dia mahu pulang ke rumah dengan cepat.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤ
DAYANA MELAGUTKAN kepalanya ke arah langit. Bintang - bintang yang bertaburan di atas sana, dipandang olehnya. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.
Dayana tersentak── seakan - akan teringatkan sesuatu. Spontan, dia menoleh ke arah Ziyad yang berada di sebelahnya itu. Si suami masih leka melihat langit pada malam itu.
“Saya sebenarnya daripada petang tadi nak tanya awak soalan ni.” Dayana bersuara.
Ziyad menoleh. Sebelah keningnya terjungkit menandakan si isteri boleh meneruskan ayatnya.
“Awak potong rambut ke?” soal Dayana.
Dia perasan akan perubahan pada gaya rambut si suami. Gaya rambut lelaki itu kelihatan lebih pendek daripada biasa. Selalunya agak panjang dan tebal.
Ziyad mengangguk, “Haah, students saya dengki.”
“Lah, kenapa pula?” soal Dayana. Ruas dahinya berkerut.
“Sebab rambut saya panjanglah. Katanya, ‘Kenapa ustaz Nufael boleh rambut panjang? Bila kita orang buat hairstyle macam ustaz Nufael, kena marah pula.’ Lebih kurang macam tu lah ayat diorang.” adu Ziyad. Lelaki itu mencebik.
“Lah, tentu - tentulah awak cikgu. Diorang itu students. Memang lainlah cerita.”
Laju sahaja Ziyad memusingkan tubuhnya menghadap Dayana. Lelaki itu mengangguk laju beberapa kali, “Kan? Tahulah saya handsome tapi tak payahlah dengki dengan saya.”
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksi Penggemar★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)