ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEPERTI YANG dijanjikan oleh Ziyad, lelaki itu membawa Dayana ke sebuah tempat yang kurang gadis itu ketahui. Bahkan dia belum pernah menjejakkan kaki di situ.
Dia pun tidak tahu kini mereka berada dimana. sepanjang perjalanan tadi, Dayana hanya tidur. Dia terlalu mengantuk untuk menemani Ziyad memandu.
Ini semua kesan akibat melepak dekat tasik daripada pukul 12 malam hinggalah 2 pagi. Sudah tentulah Ziyad yang harus dipersalahkan atas dalam hal ini.
"Kita dekat mana?" soal Dayana.
Ziyad hanya mengukirkan senyuman nipis. Lelaki itu mula membuka pintu kereta. Ziyad melangkah keluar dari kereta. Dia berjalan ke arah pintu disebelah penumpang. Pintu dibuka dari luar.
Usai, Dayana melangkah keluar daripada perut kereta bersama dengan beg sandangnya. Sebuah rumah banglo dua tingkat menyapa pandangan gadis itu.
Bukan hanya ada banglo di situ. Lebih tepat lagi suasananya seperti asrama pondok. Terdapat beberapa lagi buah rumah yang berada di dalam kawasan sana.
Anak matanya jatuh pada papan tanda yang melekat elok pada dinding pagar.
Teratak Madina.
Dayana mengerutkan dahinya. Teratak Madina? Siapa pulak, Madina ni? Skandal Ziyad ke? getus hati si gadis.
Dayana mula mengejar langkah Ziyad. Entah sejak bila lelaki itu sudah pun meninggalkannya. Sebaik sahaja langkahnya menyamai Ziyad, pergelangan tangan suaminya itu dipegang.
"Ni rumah siapa?" soal Dayana.
Lagi - lagi Ziyad mendiamkan diri. Lelaki itu hanya menggores senyuman buat si isteri. Tiada jawapan. Mungkin lebih kepada tidak mahu menjawab pertanyaan Dayana.
Dayana mencebik. Ziyad sedikit pun tidak mahu bercakap dengannya. Diam sahaja. Macam sedang sembunyikan emas di dalam mulutnya itu.
Setiba sahaja diberanda rumah, Ziyad membuka kasutnya. Dayana turut melakukan perkara yang sama. Seterusnya, sepasang kasut Converse milik Dayana diambil oleh Ziyad.
Dua pasang kasut itu disusun ke atas rak kasut yang ada pada dinding rumah. Lengan Dayana dipegang. Ditarik si isteri supaya mengikuti langkahnya.
"Assalamualaikum, bonda." laung Ziyad.
Spontan ruas dahi Dayana berkerut. Kepala dilagutkan bagi memandang wajah Ziyad daripada samping. Bonda? Siapa pula bonda?
Tak lama kemudian, seorang wanita paruh baya muncul pada muka pintu. Wanita itu hadir dengan senyuman manis diwajahnya.
"Waalaikummussalam. Ya Allah, Yad. Kenapa datang tak bagitahu bonda dulu?" soal wanita itu.
"Saja nak buat surprise. Tak boleh ke?" soal Ziyad.
"Ish, budak ni. Bukannya tak boleh tapi kalau bagitahu awal... Bonda bolehlah masak untuk kamu. Ni bonda tak masak apa pun. Yang ada lauk untuk budak - budak asrama ni je." ujar wanita itu.
"Eh, tak apalah bonda. Nanti kita boleh makan luar atau bonda boleh Go Food aja. Nanti Yad bayar."
"Membazirlah Ziyad Nufael oii. Kamu balik sini dahlah jarang - jarang. Mestilah bonda excited nak masakan untuk kamu."
Ziyad mencebik. Wajahnya dibuang ke sebarangan tempat. Mahu merajuk dengan bonda. Orang balik salah, tak balik lagilah salah.
"Astaghfirullahalazim, budak ni. Dah tua bangka pun perangai tak berubah. Haih, masuklah anak kesayangan bonda." pelawa wanita yang bergelar bonda itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)