ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA hampir semua jenis persiapan selesai diuruskan, ke semua orang mula masuk ke dalam rumah untuk berehat.
Seiring waktu, majlis malam berinai turut berlangsung pada malam itu. Maka, Nur dan Aidan sudah pun duduk bersimpuh ditengah - tengah ruang tamu.
Si jejaka sudah pun selesai mengenakan inai pada jarinya. Manakala si dara pula masih lagi menghulurkan tangan pada tukang pengukir inai.
Dayana menyimpul senyuman kecil. Suka dia apabila melihat Nur dan Aidan berbual mesra. Perbualan dua manusia itu juga diselangkan dengan ilai tawa mereka.
Nampak bahagia sahaja.
"Aya! Mehlah berinai juga." panggil Nur.
Dayana menggelengkan kepalanya. Sejujurnya, dia tidak suka mengenakan inai pada kulitnya. Bakal kelihatan kusam nanti.
"Alah, sinilah Aya. Bukannya selalu pun." Nur masih lagi mencuba untuk memujuk Dayana.
"Tak mahulah aku."
"Tak nak kawan." cebik Nur.
"Aku tak nak jadi pengapit kau esok." ugut Dayana.
Alamak, ugutan maut.
"Ish, Aya! Mehlah sini!" panggil Nur.
Dayana terkekeh perlahan. Langkahnya diatur ke arah Nur dan Aidan. Gadis itu mengambil tempat berhadapan dengan Nur.
"Yad!"
Aidan bersuara── memanggil si adik yang kebetulan lalu di situ. Spontan Nur dan Dayana menoleh ke arah gerangan yang dilaung oleh Ziyad itu.
Secara tidak sengaja, pandangan Ziyad dan Dayana bertaut. Langsung lelaki itu mengukirkan senyuman manis buat Dayana.
Dayana pegun. Matanya membentuk bulat sabit terbalik apabila tersenyum. Lelaki itu juga memiliki lesung pipit pada pipi kanannya.
Dayana menggelengkan kepalanya. Cepat - cepat pandangannya dialihkan ke arah lain── pandangan jatuh pada telapak tangan Nur yang masih diukir oleh pengukir inai tersebut.
"Meh lah duduk sini, Yad." panggil Aidan.
Ziyad tidak membantah. Lelaki bertubuh tinggi itu melangkah ke arah pusat ruang tamu. Ruang kosong di samping Dayana menjadi tempat Ziyad berlabuh.
Si gadis tersentak. Namun wajahnya masih menunduk. Bibirnya dikemam. Tempo jantungnya juga mulai berubah.
"Nak berinai sekali tak?" soal Aidan.
"Boleh juga. Tiga jari aja kan?" soal Ziyad.
"Iya, tiga jari aja."
Ziyad mengangguk. Kemudian lelaki menoleh ke arah pengukir inai lelaki yang berada dibelakang Aidan itu.
selepas menyatakan hasratnya kepada pengukir inai tersebut, lelaki itu menghampiri Ziyad── mengambil tempat diantara Ziyad dan Aidan.
Ziyad menghulurkan tangan kirinya kepada pengukir inai itu. seterusnya, proses mengenakan inai dimulakan.
"Tengok tu, Aya. Yad pun mahu berinai. Kau tak kan tak mahu?" soal Nur.
"Tak mahulah. Nanti tangan aku nampak kusam."
"Tak kusamlah. Kulit kau bukannya gelap sangat pun. Tak kusamlah." lagi - lagi Nur mencuba untuk memujuk Dayana.
"Awak cubalah, Aya. Lagipun bukan selalu ada majlis kahwin. Lepas ini kalau mahu tunggu majlis kahwin lagi, tunggulah abang Aidan kahwin lagi satu hahaha."
Laju sahaja Aidan mencubit kasar bahu adiknya itu. Sontak Ziyad mengaduh kesakitan. Bahagian yang menjadi deraan Aidan sebentar tadi diusap lembut.
"Terajang kau kang." Aidan mencelur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksi Penggemar★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)