[ edited ] O31

334 42 22
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI DENGKURAN halus menyapa gegendang telinga Ziyad. Wajahnya juga turut disapa oleh udara hangat. Perlahan - lahan Ziyad membuka kelopak matanya.

Wajah pulas Dayana menjadi santapan pertama bagi matanya. Senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. Ulas bibir itu jatuh pada ruas dahi si isteri. Seterusnya, dia bangkit dari baring.

Tubuh kecil itu dicempung lalu diletakkan ke atas katil dengan penuh berhati - hati. Selimut ditarik hingga menutupi bahagian dada Dayana.

Telapak tangan besar milik Ziyad naik mengusap kepala si isteri. Wajah pulas itu dipandang redup. Sebenarnya, dia masih tidak percaya yang gadis itu sudah pun menjadi miliknya.

Secara tak langsung, dia telah pun menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Tanggungjawab yang selama ini dia tidak pernah terfikir pun akan dia galas.

Rambut yang terjuntai menutupi wajah gadis itu, Ziyad selitkan ke belakang telinga. Kemudian, tangan kasar itu turun mengelus pipi sang isteri.

Kucupan ringkas hinggap pada ruas dahi Dayana. Sejurus itu, dia bingkas bangun lalu berjalan ke arah ruang kosong yang berada disamping si isteri.

Ziyad merebahkan badannya disitu. Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi. Dia perlu tidur terlebih dahulu sebelum bangun semula untuk solat subuh.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
BINTANG, BANGUN. Dah subuh dah ni.” tubuh kecil yang masih diselubungi selimut itu, Ziyad tepuk perlahan.

Selimut yang menutupi paras pinggang itu ditarik semakin tinggi oleh Dayana. Tubuhnya turut dipusingkan membelakangi Ziyad.

“Bangunlah, bintang. Kita solat subuh berjemaah sama - sama.” sekali lagi Ziyad mencuba nasib.

Respons gadis itu masih sama. Makin ditarik selimut itu hingga menutupi seluruh badannya. Gumaman kecil juga turut kedengaran.

Ziyad mengeluh perlahan. Selimut yang menutupi tubuh gadis itu, dia singkap. Tubuh Dayana dipusingkan supaya menghadapnya.

Pipi kanan Dayana ditepuk lembut beberapa kali, “Bangunlah, bintang. Nanti lepas solat Subuh tidurlah semula.”

Perlahan - lahan kelopak mata Dayana terbuka. Wajah lelaki yang baru bergelar suaminya itu menjadi permandangan pertama. Gadis itu mencebik.

Dia menukar posisinya kepada duduk. Kaki dilunjurkan ke hapadan. Kemudian, tangan kecil itu naik menggosok mata. Tidak sampai sesaat, tangan Dayana ditarik daripada tepi. Spontan gadis itu menoleh.

“Jangan gosok mata. Nanti mata awak merah. Awak tu rabun. Tak elok untuk mata tu.” tegas Ziyad. Tangan kecil itu dipulangkan semula kepada Dayana.

Lagi - lagi Dayana mencebik. Ingatkan uwan sahaja yang berjiwa ibu - ibu. Rupanya Ziyad juga sama. Banyak bebel.

“Kau dah ambil wudhu'?” soal Dayana.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya, “Belum lagi. Kalau saya ambil wudhu' awal, nanti batal juga sebab nak kejutkan awak.”

Dayana mengangguk faham. Gadis itu melangkah turun dari katil. Ruang kosong yang berada disamping Ziyad, dia duduki. Wajah Ziyad dipandang, redup.

“Terima kasih sebab jemput uwan dan atuk dekat Jelebu.” ucap Dayana, perlahan. Gadis itu masih lagi dalam keadaan mamai.

“Sama - sama, bintang.” senyuman manis terukir pada wajah Ziyad. Tangannya naik mengusap surai perang Dayana itu.

Gadis itu merapatkan wajahnya dengan Ziyad. Bibir munggil itu jatuh pada tulang pipi sang suami. Seterusnya, wajahnya disembamkan pada ceruk leher Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang