ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ RIUH KEDENGARAN tawa memenuhi segenap ruangan rumah banglo dua tingkat itu. Mereka saling bertukar tawa bahkan bertepuk - tampar.
"Siot, mesti malu teruk si Naira tu hahahaha!" ujar Marissa bersama dengan tawanya. Bahu Dianah ditepuk kasar.
"Memang padan pun minah nangka busuk tu malu. Gatal betul nak dekat laki orang." tambah Dianah pula. Setuju dengan Marissa. Kini giliran dia pula memukul bahu Marissa.
"Euw, agak - agaklah kalau Ziyad nak dekat Naira and the gang. Memang tak ada taste langsung." giliran Iman pula bersuara.
"Betul. Dahlah── astaghfirullahalazim. Esok aku ada pharmacy lab test. Tak patut mengumpat orang." ujar Irisy. kepalanya turut digelengkan.
"tapi Naira tu bukannya lawa pun." tambah Irisy.
Pap!
Bahu Irisy dipukul kasar oleh Dayana, "Tak mengumpat apanya, kau? Siap pakej mengutuk lagi ni."
Irisy mencebik. Bahunya digosok lembut, "Alah, apa yang aku cakap ni facts kau tahu? Dia itu gedik. Berapa ramai lelaki dia nak cuba try test pun aku dok tahu. Lagi pun dia bukan manusia."
"Setuju. If she was an animal, she will be cacing sebab menggeletis macam tak ada tulang." sokong Marissa.
"Tapi bukan ke si Naira tu dengan Aqhif? Yang gatal sangat nak try laki Ja ni apahal?" soal Marissa.
"Bukan dah break up ke dua ketul tu?" soal Dianah pula.
Dianah dan Marissa saling bertukar pandangan. Kemudian, mereka melemparkan pandangan ke arah rakan serumah yang lain.
"Oh, ya eh? Maklumlah kitanya bukan student universiti." gumam Marissa.
Walaupun dia bukan student universiti, dia pernah kenal dengan Naira suatu ketika dahulu. Kawan satu sekolah menengah ceritanya. Sebelum Marissa memilih untuk masuk Kolej Vokasional.
"Apahal dia putus dengan Aqhif?" soal Iman penuh minat.
"Sebab Aqhif tu kan jejaka idaman fakulti kejuteraan. Ramai perempuan nak ke dia. Dia pun jenis melayan and pasang banyak." jelas Irisy.
"Lagipun Aqhif tu jenis yang gonta - ganti awek macam ganti baju." tambah Dayana, menyokong penjelasan Irisy.
Ke semua yang berada di ruang tamu itu mengangguk. Memang semua orang tahu akan perangai buruk Aqhif Farhan itu.
Tetapi masing - masing masih buta agaknya. Tetap ramai juga gadis mahu kejarkan hot stuff Universiti Malaysia itu.
Bunyi tepukan tangan Irisy mematikan lamunan mereka semua. Kini, kesemuanya mulai fokus ke arah gadis berambut paras pinggang itu.
"I have a good news untuk kau orang!" ujar Irisy girang.
"Apa dia?" soal Iman.
"Lepas aja majlis kahwin Ja berlangsung, aku pulak bertunang!"
"Wah, tak sangka!" ujar Marissa tidak percaya.
"Akhirnya setelah Ju duduk dalam hubungan haram selama 6 tahun, dia bertunang juga." ujar Iman pula. ada bau - bau sindiran disitu.
Bantal yang berada disamping, Irisy ambil. Gadis itu sudah beragak - agak untuk membaling bantal hiasan itu pada Iman.
"Tahniah, Ju. bertunang juga kawan aku ini." ucap Dayana, separa ikhlas. Sebenarnya, dia setuju dengan hujah Iman tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)