[ edited ] OO3

445 53 13
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AYA! IBU suruh kau beli ais batu!” laung Nur.

Dayana yang kebetulan lalu diluar rumah itu melangkah laju ke arah muka pintu. Nur yang bercekak pinggang pada muka pintu itu dihampiri.

“Kau ni──  daripada mana?” soal Nur pelik.

“Dari dapur. Kenapa kau?”

“Ibu suruh kau beli ais batu. Katanya ais batu dalam peti dah habis.” ujar Nur seraya mengulangi semula permintaan Puan Iftah.

“Aik, kenapa aku? Mana perginya jejaka - jejaka dalam rumah ni?” soal Dayana.

“Raiz ada tadi. Tapi dia keluar beli tepung dengan apatah tadi. Lepas itu, ibu ada call dia tapi dia kata dia dah nak sampai rumah── ha, itu!”

Nur menundingkan jari ke arah sebuah kereta yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan pagar rumah. langsung sahaja Dayana mengeluh.

“Memang ada Raiz je ke dalam rumah ini? Aidan tak nak keluar ke?” soal Dayana. Masih lagi mencuba untuk mengelat.

Malas betul nak tunggang motorsikal malam - malam begini.

“Aidan-kan bakal pengantin esok. Kau ni──”

“Tak apalah, Iman. Biar aku yang keluar.” sampuk satu suara.

Spontan Dayana menoleh ke belakang. Hampir sahaja dahinya berlaga dengan tubuh lelaki tersebut. Setapak Dayana melangkah ke hadapan── marapatkan dirinya dengan Nur.

“Eh, tak apalah Yad. Biar si Aya ni pergi beli ais. Mengada betul.”

Alamak Nur ini, ada yang aku sengkeleng karang. bentak Dayana di dalam hatinya. Pandangan tidak puas hati diberikan kepada Nur.

Okay then, kau pergilah. Terima kasih sebab dah menawarkan diri .” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya.

Tanpa menunggu balasan daripada Nur ataupun Ziyad, gadis itu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Nur mengeluh perlahan. Kepala digelengkan beberapa kali. Kesal dengan perangai sahabatnya itu.

“Maaflah, Yad. Aya tu memang macam tu. Nanti aku suruh──”

“Tak apalah. Lagipun dah malam. Tak elok untuk dia keluar malam - malam macam ni. Dia perempuan.” potong Ziyad.

Nur hanya mengangguk. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Ziyad itu.

Dayana seorang perempuan. Dan perempuan tidak sepatutnya keluar pada waktu malam. Lebih - lebih lagi apabila keluar tanpa teman.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
BUNYI SIULAN keluar daripada bibir lelaki itu. Pintu peti ais ditolak lalu diambil seguni ais. Guni ais tersebut dibawa keluar lalu diletakkan pada samping peti sejuk itu.

Ziyad mendiamkan diri sejenak.

Okay, so ais batu ini nak berapa guni?” monolog lelaki itu sendiri.

Nur tak ada pula mentioned nak seguni ataupun dua guni. Atau mungkin lebih lagi?

Ziyad menjauhkan dirinya daripada peti ais tersebut. Kemudian tubuhnya disandarkan pada sebuah rak makanan yang berada berhadapan dengan peti ais tersebut.

Poket seluar jeans diseluk lalu telefon pintarnya dibawa keluar. Kontak Aidan dicari. Namun niatnya untuk membuat panggilan mati.

“Kalau call abang Aidan karang, tak ke mengganggu dia?” gumam Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang