ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LIMA HARI lepas tu, ibu meninggal dunia. Sebenarnya ibu tahu waktu dia dah tak lama sebab tu dia beria - ia cari saya. Ibu kata, sekurang - kurangnya dia dapat jumpa saya dan minta maaf." cerita Ziyad. Gadis yang elok terbaring beralaskan lengannya itu dipandang.
"Dan saya pun dapat jumpa dengan ibu after 25 years. Walaupun seminggu aja tempoh masa yang saya ada untuk luangkan masa dengan ibu tapi itu pun dah lebih daripada cukup." sambungnya lagi.
Terkebil - kebil mata Dayana memandang ke arah Ziyad. Ruas dahi Ziyad berkerut. Dah kenapa pula Dayana pandang dia macam tu?
"Dah kenapa pandang saya macam tu?"
"Pelik. Sepatutnya kau nangis tapi kenapa kau senyum?" soal Dayana.
Sedangkan dia hampir sahaja menangis mendengarkan cerita Ziyad. Masakan lelaki itu boleh tersenyum dan tertawa?
"Kenapa nak kena menangis pula?" soal Ziyad, sama - sama bingung.
"Iyalah, cerita kau sedih tapi kau boleh gelak dan senyum pula." cebik Dayana. Pinggang Ziyad dicuit lembut.
"Saya rasa benda tu tak adalah sedih mana. Saya suka sebab dapat jumpa dengan ibu. Jadi kuranglah sikit rasa sedih tu." jelas Ziyad. Pucuk hidung Dayana dicuit lembut.
"Kalau awak nak nangis... nangis je lah. Nanti saya peluk." Tambah Ziyad lagi. Tidak lupa juga untuk mengernyitkan mata kirinya.
Spontan tubuh kekar Ziyad ditolak kasar oleh Dayana. Hasilnya, tubuh Ziyad selamat mencium lantai marmar kamar itu. Dia mengaduh kecil.
"Miang gila." kutuk si isteri. Dayana mula mengubah posisi. Dia duduk bersila di atas katil.
"Bukannya berdosa pun gatal dengan awak." Ziyad mencebik. Bantal yang ikut jatuh bersama dengannya tadi dilempar lemah ke arah Dayana.
Kalau lempar kuat - kuat karang, terbalik pula Dayana itu ke belakang. Dah satu kerja pula dia kena pujuk Dayana nanti.
Hujung bibir Dayana terjungkit. Sempat - sempat gadis itu menjeling Ziyad yang sudah pun duduk melunjur di bawah sana.
"Jomlah tidur. Nanti esok nak balik Kuala Lumpur dah." ajak Dayana. Dia sudah pun siap merebahkan dirinya diatas katil.
Ditinggalkan sedikit ruang disampingnya buat Ziyad. Namun tidaklah terlalu banyak kerana ukuran katil itu sebesar single bed sahaja. Kemudian, ruangan kosong itu ditepuk lembut oleh Dayana.
Spontan senyuman manis terukir pada wajah Ziyad. Lelaki bertubuh tinggi itu lekas berdiri. Dia melangkah ke arah katil. Seterusnya, tubuh direbahkan pada ruang kosong yang masih bersisa itu.
Kepala Dayana diangkat lalu diletakkan lengannya sebagai alas kepala gadis itu. Sebelah tangannya melingkar pada pinggang gadis itu. Tubuh Dayana ditarik supaya merapat dengannya── mengurangkan penggunaan ruang yang ada.
Laju sahaja Dayana menyembamkan wajahnya pada dada bidang Ziyad. Tangan kecil itu turut melingkar pada tubuh Ziyad.
Ziyad terkekeh kecil. Rasa macam sedang jaga anak pula. Mana tidaknya, lihatlah ukuran tubuh Dayana. Kecil sahaja untuk dibandingkan dengan tubuhnya.
Ubun - ubun Dayana dikucup ringkas, "Cakap jelah awak suka bila kena peluk." sakat Ziyad.
"Bukanlah! Aku mana boleh tidur tanpa guling. Dahlah kau tinggalkan Jamal aku dekat rumah. Jadi aku terpaksa peluk kau." perkataan terpaksa sengaja ditekan oleh Dayana.
Walaupun sejujurnya dia memang suka akan pelukan Ziyad tetapi dia terlalu malu untuk menyatakan semua itu.
"Iyalah, saya ni siapa je? Second choice agaknya." gumam Ziyad.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)