ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ DENGAN KOT putih yang masih lagi melekat pada badannya, gadis bertudung olive green itu berlari ke arah salah satu ward yang ada di PPUM itu.
Hampir sahaja dia tergelincir apabila mengambil lap ketika mahu memasuki suatu lorong sebelum gadis itu tiba dihadapan sebuah ward.
Cermin kecil yang terdapat pada pintu ward itu memudahkan Dayana untuk melihat keadaan di dalam ward tersebut. Susuk tubuh seseorang yang terkulai lemah diatas katil itu dipandang sayu.
“Ja.” seru satu suara.
Dayana menoleh ke arah sumber suara. Tubir matanya mula terasa panas.
“Danah...” gadis itu menggumam kecil. Langkahnya diatur kearah Dianah. Tubuh sahabatnya itu dirangkul kemas.
“Janganlah menangis. Ju mesti gelakan kau sebab menangis.” pujuk Dianah.
Ya, tubuh yang terkulai lemah diatas katil hospital itu adalah Irisy Zhulaiqa. Dianah menelefonnya memaklumkan bahawa Irisy terlibat dalam sebuah kemalangan. Nasib sahaja dia sudah selesai kuliah ketika itu.
Dan dia sangat bersyukur kerana Professor Dean atau nama lengkapnya, Dean Haiqhaf, melepaskan semua pelajar lebih awal daripada biasa.
“Tak luculah, Danah.” bahu Dianah ditepuk oleh Dayana.
“Oh, tak lucu eh? Hurm, lawak aku tak menjadilah kali ni, Man.” lirih Dianah. Gadis itu melirik ke arah Iman yang sedang berdiri itu.
“Macam mana Ju boleh terlibat dalam kemalangan?” soal Dayana.
“Katanya dia mahu keluar jumpa dengan Hazael. Nak uruskan barang kahwin mereka nanti tapi lepas tu aku dapat panggilan daripada pihak hospital. Katanya Ju dikejarkan ke hospital kerana kemalangan.” jelas Iman.
Dayana mengeluh kecil. Dia jatuh terduduk diatas lantai hospital. Kepala dilagutkan bagi melihat siling putih yang berada diatasnya.
“Bukan ke selalunya Hazael sendiri yang akan datang jemput Ju? Tapi kenapa hari ni dia pergi dengan kereta sendiri?” soal Dayana. Wajahnya kembali diturunkan.
Jika Irisy mahu keluar berkencan atau kemana - mana sahaja bersama dengan Hazael, pasti lelaki itu sendiri yang akan datang menjemput Irisy. Tetapi kenapa hari ini, Hazael membiarkan gadis itu memandu sendiri?
“Aku pun pelik. Aku tak tahulah nak cakap apa. Nanti kalau Ju dah sedar, kita tanya sendiri pada dia.” cadang Dianah.
Ketiga - tiga gadis itu mengangguk serentak.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
TOMBOL PINTU dipulas lalu ditolak daun pintu tersebut. Gadis bertudung olive oil itu melangkah masuk ke dalam rumah pangsapuri itu.
Dia berdecak kasar. Kasutnya ditanggalkan lalu diletakkan ke atas rak kasut. Dayana menyambung langkahnya. Namum langkahnya mati apabila Aswad menghampirinya.
“Meow! ”
Dayana menurunkan pandangannya. Makhluk berbulu yang berada dihadapan kakinya itu diambil lalu digendong. Hidung Aswad dikucup oleh Dayana.
Alahai, hilang penatnya apabila lihat Aswad.
“Aswad dah makan? Mesti abang Yad tak bagi awak makan, kan?” soal Dayana diikuti dengan kekehan kecil.
“Baik sikit eh? Abang dah bagi awak makan dah tadi.” tegur satu suara.
Dayana kembali menurunkan Aswad ke bawah. Anak kucing itu mula berlari terkedek - kedek menghampiri Ziyad. Sebaik sahaja Aswad tiba dihadapan kaki Ziyad, kucing itu diangkat oleh Ziyad. Dilagakan hidungnya dengan hidung Aswad.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)