PROLOG 2

466 17 3
                                    



رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."


...


             Helaan nafas yang tidak teratur begitu kencang kedengaran, suasana yang sunyi seolah mengerti situasi getir yang dihadapinya. Seragam sekolah masih tersarung  di tubuh. Tidak menunggu masa dia menuju tujuan nya. 

Gadis ini cuba berlari dalam keadaan dia merasakan sangat perih. Entah apa yang harus digambarkan kesakitan itu, tetapi dia tahu sudah sampai masanya. Dia melangkah menuju ke sebuah pondok, di dalam sebuah dusun milik seseorang. 

Ya, dia memerlukan seseorang itu. Di sebuah pondok kayu lama, beratap  zink yang sudah karat dan sedikit bocor. Dari jauh kelihatan susuk tubuh seseorang yang dicari, sedang senang terbaring. Dia terbangun kerana dek bunyi derap kaki yang memijak daun kering. Wajahnya berubah gelisah melihatkan si gadis seperti tidak berarah, melangkah seolah dipaksa dan tidak berdaya.

"Kenapa dengan kau ni? Kenapa wajah kau pucat?" Sergah lelaki itu. Tanpa menunggu lama, dia bergegas mendapatkan si gadis. 

"Aku mintak maaf, aku perlukan kau. Tolong aku, aku sudah tidak tahan." Mahu tidak mahu si gadis melangkah. Lelaki disisi masih kebingungan dengan permintaan itu. Namun dia menurut langkah si gadis menuju ke pondok.

Si gadis memanjat naik keatas pondok. Panik. Panik yang dirasakan apabila lelaki ini melihat darah pekat yang mengalir pada betis si gadis.  Gadis itu terus duduk menjulur, kaki diangkat, kain bawah diselak sehingga ke pangkal. Darah pekat terus mengalir, peluh semakin membasahi wajah. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia sudah bersedia.

"Kau buat apa gila!" Cuak, lantas dia berpaling wajah. Apabila si gadis  meraung, dia tahu si gadis benar-benar memerlukan nya. Si gadis meraung meminta pertolongan darinya. Bergegas dia mendapatkan si gadis.









             Sunyi. Tragis. Suasana sepi hanya dihiasi suara mereka. Nafas yang tidak kedengaran biasa, perih getir yang dihadapi. Suara guruh mulai berdentum kuat, langit berarak mendung. Hujan mulai turun.

Tidak lama, kesakitan gadis itu berakhir dengan tangisan bayi. Si lelaki membelai, mengigit pertalian antara jasad si gadis dan bayi. Kain batik dipenjuru pondok dicapai. Dibalut malaikat kecil itu dengan berhati-hati. Lalu si bayi dibawa ke dalam dakapan, kalimat indah dikumandangkan di telinga si bayi. Dalam tidak sedar, mutiara jernih mengalir di pipi. Ini adalah kejutan yang tidak disangka. Mereka tahu mereka sedang diuji. 

Si gadis sudah kelelahan, kelopak mata dipejam rapat, nafas ditarik dalam. Perlahan bibir mengucapkan syukur kepada Tuhan. Dia telah selamat melahirkan.

'Terima Kasih ya Allah. Kau telah menghadiahkan dia kepada ku.' 

Air mata bahagia mengalir. Dia akan menerima takdir ini. Dia tahu, DIA sentiasa ada bersamanya.








"Kepada hujan yang menyaksikannya, aku simpan sebuah rahsia.

Semoga kekal rahsia, kerana kisah ini terlalu sedih untuk diceritakan"

-Bunga diseri Kumbang-

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now