BAB 10

176 4 0
                                    

                  Lekas Laura berlari-lari menuju bangunan fakulti. Dia terlewat lagi. Lif pula membuat hal. Akhirnya Laura mengambil langkah untuk menggunakan tangga sahaja. Belum sempat dia mencapai pintu, Tawfeeq meluru keluar. Laura cepat berundur, hampir saja terjatuh ke belakang. Terkejut dengan pergerakan Tawfeeq yang laju menerjah.

"Ush! Laura. Sorry." Tawfeeq cuak. Risau sekiranya Laura jatuh dan terluka.

Tawfeeq mengerling sekilas jari Laura. Berbunga-bunga hati melihat cincin tunang mereka tersaruk cantik menghiasi jari runcing Laura.

"Laura nak cepat, Laura minta diri dulu." Sopan Laura tunduk melintasi Tawfeeq.

Mereka yang baru turun turut mengirim salam kepada Laura ketika melintasi mereka.

"Elelele elele elee, malu nye dia tu. Terserempak bakal isteri ye?" Khairul mengosok-gosok rambut Tawfeeq yang menunduk malu. Pelajar yang melalui mereka mula berbisik-bisik.

Tidak menghiraukan pandangan orang. Mereka terus menuju ke medan selera.















                  Seorang lelaki duduk bersandar pada dinding, lantai simen yang sejuk disentuh. Tangan diletak untuk menahan duduknya dari menggelongsor. Sesuatu dikeluarkan dari poket baju. Jari menyentuh gambar seseorang. Di balik jeriji besi, ada harapan kejam yang dia tanamkan. Dia berdiri mengenggap jeriji besi, wajah keji ditayang kepada pegawai yang membuat rondaan disitu. Bahagia seperti orang kehilangan akal warasnya.

"Tak sabar, tak sabar aku nak teruskan hidup aku." Suara nya bergema akibat persekitaran yang sunyi. Harapan menyambung perniagaan yang paling nikmat baginya.

Bibir digigit kejap, sudah membayang kan sesuatu di dalam minda. Keji. Dia membuat senyum sinis, rambut dimain-mainkan. Tangan mengusap-usap belakang leher.

"Aku akan buru kau. Kau masih mangsa yang aku buru. Makanan yang paling aku teringin itu kau"Dia berbisik sendiri seolah untuk didengari oleh orang itu. Dia menyapu wajah dalam gambar itu. Lelehan liur di hujung bibir dikesat rakus.

Tiada punca, dia ketawa besar. Bersama siulan keriangannya. Lansung tidak mempedulikan riaksi penghuni lain. Dia hanyut dalam dunianya sendiri.















        Laura sedang menaip pada papan kekunci  laptop nya untuk menyiapkan assigment. Notifikasi telefon dibuka. Mesej dari Tawfeeq dibaca.

Assalamualaikum Laura, jangan lupa esok kita ada final fitting . Awak tunggu dekat medan, nanti saya jemput awak. Awak tak ada kelas petang kan? - Tawfeeq

Laura memejam mata, dia lupa. Sudahlah dia berjanji dengan group assingment nya untuk menyertai meeting. Tetapi hal ini lebih penting, dia perlu memberitahu rakan-rakanya. Mesej dibalas.

Okay. -Laura

Tawfeeq yang sedang terbaring memetik gitar bangun. Notifikasi masuk. Pantas dia capai telefon bimbitnya, dipandang lama.

"Aih, sepatah je? Aku buat salah ke?" Mood merajuk sudah datang.

"Ish kau ni, dia sibuk lah tu. Kau tu bila nak buka assigment ?" Arash yang duduk di meja belajar Tawfeeq membebel.

"Alah kau ni, aku dah nak siap lah. Tu Khairul tu, report tu bahagian dia mana dia buat lagi." Tidak puas hati rasanya, seorang kawan itu santai sahaja.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now