NOTE 1

124 4 0
                                    

HUBUNGAN PERCINTAAN

Perhubungan adalah interaksi sosial di antara dua individu, ia sangat penting kerana melalui perhubungan ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna.

Peringkat-peringkat perhubungan:

1. Perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi perasaan saling sayang menyayangi atau nafsu.

2. Sayang-menyayangi melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

3. Cinta mengikut nafsu pula melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan dalam perhubungan.







PERHUBUNGAN YANG SIHAT

Perhubungan yang sihat adalah sesuatu yang positif diantara remaja lelaki dan perempuan, keadaan ini berlaku apabila remaja merasa:

-Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan pasangannya.

-Saling bergembira dan berasa seronok bersama.

-Saling percaya mempercayai dan jujur.

-Saling menghormati pendapat, perasaan, dan kepercayaan orang lain.

-Memberi sokongan antara satu sama lain.

-Menerima pasangan seadanya.

-Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan.

-Memberi kebebasan kepada pasangan untuk membuat keputusan masing-masing.

-Tidak cuba menguasai pasangan.

-Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu yang tidak diingini (termasuk seksi)








PERHUBUNGAN YANG TIDAK SIHAT

Perhubungan ini dikatakan tidak sihat apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat penderaan dalam perhubungan tersebut, contoh:

-Suka memaksa anda mengikut kehendaknya dan membuatkan anda takut untuk tidak   bersetuju atau menyatakan tidak.

-Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain.

-Terlalu cemburu.

-Sentiasa ingin memeriksa dan ingin tahu aktiviti anda.

-Memalukan atau mengkritik anda

-Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan hubungan.

-Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda, memeras ugut atau mengancam anda.








CEMBURU, TANDA SAYANG?

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain. Cemburu yang melampau adalah tanda perhubungan yang tidak sihat, dan keadaan ini hanya akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Cemburu yang melampau bukan berkisarkan cinta, ia adalah tentang penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan.

Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yang amat mendalam terhadapnya. Tetapi, sekiranya ia cinta mengikat nafsu yang melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal, selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan.







HARMONI CINTA

Cinta berarti yang amat mendalam terhadap seseorang. Cinta boleh membuatkan anda melakukan pelbagai perkara di luar jangkaan. Sebenarnya semua ini adalah reaksi kimia dalam otak anda. Bahan kimia yang dilepaskan akan membuat anda merasa seperti sedang dilamun cinta iaitu:

Dopamine: kamu akan berasa sangat terpikat terhadapnya. Kamu akan merasa dalam khayalan cinta, seperti mandi tak basah dan makan tak kenyang.

Serotonin: kamu akan berasa obses terhadap si dia, kimia ini akan membuat kamu selalu teringat pada si dia.

Oxytocin: Kamu akan merasa kamu ingin bersama selama-lamanya. Pada masa ini kamu mungkin berada dalam perhubungan yang serius dan tidak boleh bayangkan hidup tanpanya.







TANDA-TANDA KAMU MUNGKIN TERPIKAT DENGAN SI DIA

-Kamu sering teringat kepadanya sepanjang masa.

-Tidur tidak lena.

-Kamu tidak merasa lapar walaupun dihidang makanan kegemaran.

-Kamu merasa sangat teruja setiap kali melihatnya.






TANDA-TANDA DIA MUNGKIN TERPIKAT DENGAN KAMU

-Dia merenung wajah kamu.

-Dia mungkin memulakan perbualan dengan kamu.

-Dia mungkin menolong kamu seperti mengangkat beg kamu dan belanja kamu makan.






BERDATING?

Berpacaran bermaksud janji temu 2 orang yang tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat lagi.








TIPS SELAMAT SEMASA BERPACARAN

-Saling menghormati pasangan dan berpegang kepada batasan.

-Tidak melakukan perlakuan yang meransang syahwat seperti menonton gambar/video lucah dan bersentuhan.

-Berpacaran ditempat yang terbuka dan dalam kumpulan.








BERPACARAN DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI.

Berpacaran kali pertama dengan pasangan yang tidak pernah berjumpa sebelumnya.

-Berhati-hati kepada kemungkinan anda diberi bahan yang mengkhayalkan tanpa disedari.

-Terdedah kepada kemungkinan dirogol.

-Tidak berjumpa bersendirian.






"Jatuh cinta itu tidak salah, tetapi yang salah apabila ia menjadi racun dalam diri yang menyiksa"

-P.Z-

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now