BAB 4

230 9 0
                                    

    Suasana rumah kosong , penuh menjalar pokok semak samun. Satu telefon bimbit di pasang pada stand, sedang merakam. Entah entiti apa, yang kedengaran suara jeritan, terpekit melolong meminta tolong. Tetapi tiada siapa menyahut.. "Tolong...!"

Terbangun, Laura merasa sesak di dada. Tubuh nya menggelentar, berpeluh. Air mata mengalir. Laura terduduk di birai katil, dia menangis lagi. Tersedu-sedan, Laura memandang Huda yang nyenyak tidur, bagaimana dia bisa mendapatkan tidur seperti itu?









            "Weah aku dah dapat tahu nama dia siapa, kau kena belanja aku magnum coffee". Hazriq memberitahu sambil mengunyah-ngunyah roti yang baru dibelinya tadi.

Tawfeeq yang sedang mencari-mencari buku terus terhenti,  tersenyum dia mendapat khabar itu. Dia memandang sekeliling. Dengan nada berbisik. 

"Siapa nama dia?" Tanpa sengaja. Dia yang bersandar pada rak buku, telah menolak beberapa buku jatuh kesebelah lorong lain.  Terkejut dengan tindakan nya yang hampir terjatuh kerana tidak seimbang. Kedengaran beberapa buku jatuh, dan suara perempuan mengaduh sakit.

"Aduh.." Laura mengaduh kuat, beberapa buku telah menimpa kepalanya. Dia yang sedang tunduk mencari buku di bahagian rak bawah, menggosok-gosok kepalanya yang pedih.

Tawfeeq dan Hazriq saling berpandangan. Bergegas melihat gerangan mangsa kecuaian Tawfeqq. Tercengang. Gadis yang disebut bangun sambil mengutip buku-buku yang jatuh. Dia susun semula . 

Buku program perubatan biologi yang sepatutnya berada pada rak lain direnung. Laura angkat wajah melihat dua lelaki yang sejak tadi memandangnya, Laura mendekati mereka. Dengan sopan dia berdiri, menjaga jarak. Buku itu Laura hulur.

"Ini buku awak ke?" Laura menunduk, malu. Sebenarnya dia memang marah. Tetapi apabila melihat sang pembuat onar yang datang adalah lelaki, dia simpan rasa itu.

Tawfeeq tergamam, dia teringatkan seseorang. Perasaan itu sama. Tangan menyambut huluran buku-buku.   

"Hah! Nama dia Laura, Nur Laura Sofia." Kata-kata Hazriq telah menyentak mereka. Tawfeeq memandang cuak kepada Hazriq. 

Laura yang sejak tadi menunduk mengangkat wajah, terkejut.

"Maaf, awak kenal saya?" Dia memberanikan diri. 

Tawfeeq mengeras. Cuak, dia memandang Laura. Takut melihat reaksi gadis itu.

"Ha so betul la kan awak Laura? Saya dah tanya kawan saya, dia yang bagitahu nama awak." Sambung kunyah roti. Perlu perlahankan suara memandangkan mereka di perpustakaan.

Pak!

Sedas Tawfeeq mengetuk kepala Hazriq dengan buku yang berada di tangan. Tidak tebal, cuma dua inci.

Laura yang terkejut dengan situasi itu, berkerut. Mengapa nama nya perlu dicari tahu? Tidak betah berlama-lama disitu. Dia mahu meminta diri.

"Saya minta diri dulu." Belum sempat dia melintasi Tawfeeq. Tawfeeq menahan tubuh Laura, Laura terdiam, dia pandang wajah Tawfeeq. Mata mereka bertemu.

"Kepala awak tu, Tawfeeq minta maaf." Sengaja dia menyebut diri nya dengan nama. Ya, mereka tidak akan sering bertemu. Tetapi, dalam pada masa yang sama, dia perlu risau. Sudahlah yang jatuh menimpa beberapa buku tebal. Haruslah kalau benjol atau lebih parah boleh jatuh pengsan.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now