BAB 11

134 4 0
                                    

         "Anything Nur Laura Sofia?" Tawfeeq yang mengambil tempat disisi Laura terus menyoal. Dengan lembut bicara, dia cuba untuk mengajak Laura berkongsi.

"Saya tak suka nasi ayam." Seringkas itu Laura menjawab. Jari-jemari dipandang sepi.

Tawfeeq cuba bersabar, dia memandang tasik yang biru. Hati nya jadi nanar melihatkan Laura yang suka memendam. Dia jadi bingung, dia mahu mendengar apa-apa cerita, luahan dari Laura. Tetapi mengapa Laura tidak memberi nya peluang? Dia biarkan Laura menenangkan diri, dia melihat tangan Laura masih menggelentar. Dia rasa bimbang, mahu saja dia ambil tangan itu dan genggam. Tetapi, mereka belum halal.

Diam-diam Lauran mengerling wajah Tawfeeq. Serba salah, dia perlu meluah. Sudah sampai masa dia perlu memberi peluang kepada Tawfeeq. Perlahan nafas panjang diambil.

"Ada sejarahnya tentang nasi ayam. Sejarah yang paling saya tidak mahu kenang. " Pelahan-lahan Laura membetulkan duduknya. Tangan digenggam.

"Kerana nasi ayam kegemaran saya, saya hilang seseorang yang saya sayang. Seseorang yang manjakan saya. Seseorang yang penting dalam hidup saya"

Tawfeeq disisi memasang telinga, dia membiarkan Laura untuk becerita. Laura memejam rapat mata, memori hitam kempali diputar.








"Along, adik nak makan nasi ayam. Adik teringin sangat nasi ayam. Boleh abang beli barang suruh kaklong masak." Laura menepuk-nepuk paha Luqman. Tekak nya betul-betul rindu untuk menelan nasi ayam.

"Along tak suka la adik minta-minta macam ini. Kaklong masak tiap-tiap hari tu semua sedap. Makan nasi putih sudah lah. Kaklong tu pun bukan nya orang gaji nak ikut selera awak saja." Luqman yang sedang menonton televisyen, menekan-nekan punat remot untuk mengalih siaran.

"Tapi Laura bukan nak makan sorang. Semua orang boleh makan. Laura boleh tolong kaklong masak nanti. Along bolehla , adik teringin sangat." Dari diatas sofa kini Laura turun duduk dibawah, melutut hadapan Luqman.

"Adik, asal kau menagada sangat? Makin nak habis sekolah, macam-macam kau minta. Nantila along gaji along beli barang-barang tu." Luqman langsung tidah mengendahkan Laura. Laura terus beredar ke dalam bilik dengan wajah suram.

"Hiks.. hikss hikss.."

Suara esakan tangis Laura kedengaran dari dalam bilik. Luthfi yang baru pulang dari kerja di warung mengetuk-ngetuk pintu, Laura tidak membalas. Luthfi memulas tombol pintu.

"Haih, kenapa adik abang ni nangis. Dah malam ni, nak kena culik hantu ke?" Lembut tangan Luthfi memegang kedua pipi Laura. Ubun-ubun Laura disentuh, dagu Laura dipagut untuk mendongak. Bengkak mata Laura, pasti sudah lama menangis.

"Laura teringin nasi ayam. Tapi Along nak tunggu bulan depan. Adik rasa sedih. Adik tak tipu, adik teringin nasi ayam. Angah, boleh ke Angah tolong sponsor barang tu nanti? Kaklong mesti boleh tolong masakan." Cangeng nya Laura kalau bersama abang nya yang seorang ini. Dia memang tidak akan takut untuk meminta-minta. Luthfi selalu berlembut dengan nya.

"Tak payah lah suruh kaklong masak, sekarang jugak Angah keluar pergi beli. Baru pukul sepuluh, restoran dekat pekan tu buka lagi. Angah pergi beli ye. Janji Adik jangan nangis." Luthfi mengesat air mata Laura yang mengalir. Dia hadiahkan senyum untuk Laura. Bingkas bangun mencapai semula kunci motor.

"Hah Angah? Kau kan baru balik, nak pergi mana pulak?" Luqman yang sedang duduk di ruang tamu bersama Khadijah menegur. Secawan kopi dihirup. Dia dengar saja Laura menangis, tetapi dibiarkan. Kerana Luqman, memang tidak gemar melayankan kehendak adik-adiknya.

"Aku keluar beli nasi ayam, kesian dekat Adik tu. Teringin sangat sampai menangis."

"Eh, dah lewat ni, esok ajelah. Tu guruh pun dah, itu tanda nak hujan. Jangan la dimanjakan sangat si adik tu." Luqman menegah. Untuk ke pekan bukan nya dekat. Jalan kampung sudahlah gelab, kalau hujan lebat bertambah bahaya.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now