BAB13

161 4 4
                                    

         Suasana The Majestic Hotel Kuala Lumpur meriah, tidak henti kereta mewah memasuki perkarangan hotel. Saudara-mara dari kampung, rakan-rakan Hajah Tania dan Hj. Dr. Daniel, rakan-rakan YouTuber, selebriti kenalan rapat Tawfeeq dan ramai lagi. The Majestic Ballroom bergema dengan musik indah. Ketika ini, lagu 'Lavender Blue' dimainkan.

Tawfeeq memilih tema Fairy Tale untuk majlis persandingan mereka kali ini. Pada sebelah malam katanya tema Midnight Magis. Merasa payah, bagaimana dewan majlis ini boleh digubah dalam masa sekejap? Tetapi Tawfeeq maklum sudah mencari yang profesional, dan untung sekali mereka mahu menaja. Pada majlis sebelah malam itu adalah majlis terbuka untuk para peminat Tawfeeq. Entah, Laura  fikir dia akan terkenal lagi. Laura tahan senyum. Tidak menyangka begini rasanya bahagia bergelar pengantin kepada Muhammad Tawfeeq Aryan.

"Ehem ehemm. Wah cantiknya isteri saya." Tawfeeq sudah siap. Tubuhnya tersaruk jas klasik kelabu dengan potongan elegan, sungguh terserlah aura romantis nya. Kedua-dua pipi Laura diusap lembut. Mereka melihat ke dalam cermin. Laura yang duduk dipaksa berdiri.

Tawfeeq membuat gaya tangan mengukur ketinggian Laura, dan mengagak ketinggian sekiranya Laura memakai kasut tinggi.

"Duduk balik." Tak semena-mena hampir terpelecot Laura ditolak duduk di kerusi.

"Eii suka hati je paksa orang berdiri lepastu duduk balik." Laura sudah mengeluarkan mood protes. Dicebik wajahnya, menaikkan lagi pipi merah yang dirias ringkas.

Tawfeeq yang melihat teletah itu, ketawa kecil. Dia tunduk melutut sebelah kaki. Dia angkat kain gown ligth pink Laura. Inspirasi dari pakaian puteri beradu Disney, Aurora.

Pilihan Tawfeeq, katanya sesuai dengan perwatakan Laura. Awalnya dimarahi Laura kerana disangka Tawfeeq katakan dia kuat tidur, tetapi Tawfeeq memujuk katanya yang disamakan adalah puteri beradu yang manis dan sopan serta mempunyai aura seperti Laura. Laura iya kan saja, kalau tidak sampai tahun depat mereka berada di butik.

"Now, my turn." Suara garau Tawfeeq penuh romantis. Membuat jantung Laura luruh seketika.

"What?" Laura binggung, sudah Tawfeeq nak buat apa?

Tawfeeq meminta kepada juru solek Laura kasut pengantin yang masih berada di dalam bungkusan. Perlahan kaki kecil Laura dicapai. Tawfeeq pakaikan kasut tinggi putih dihiasi dengan tiga batu permata merah jambu cerah.

"Tawfeeq, ni bukan kasut yang saya cuba dulu kan?" Seingatnya, kasut yang dia cuba dulu kasut lain. Bukan yang ini.

Tawfeeq capai kaki lagi sebelah, dipakaikan dengan berhati-hati. Dia perasan kemarin Laura terpelecot kaki sebelah itu ketika turun tangga di rumah. Dia mendongok memandang wajah Laura, dihadiah kan senyuman sehingga menampakan lesung pipitnya.

"Taraa! Cantik kan? Saya suruh awak cuba dulu untuk ambil saiz je, kasut ni saya tempah lain. Untuk awak sahaja." Dia bingkas bangun, tangan dihulur meminta Laura untuk menyambutnya.

Lembut Laura menyentuh telapak tangan Tawfeeq, dia bangun. Mereka berdiri di hadapan cermin. Sungguh cantik. Tidak dinafikan lagi, Tawfeeq memang pandai memilih semuanya.

"Okay, tinggi awak dah naik." Tawfeeq merangkul tubuh Laura menghadapnya. Dielus kepala Laura, lalu dikucup kening nya. Laura senyum malu, Tawfeeq selalu membuat perkara yang tidak terjangka.Lengan mereka bertaut, majlis sudah hampir bermula.

"Jom Laura." Tawfeeq mengajak, mesra tersenyum kepada isteri disisi.













          Pelamin dihiasi bunga mawar putih, bunga peony, dan sedikit sentuhan bunga lavender. Disebelah di bawah pentas, meja makan untuk mereka berdua. Berasingan dengan keluarga pengantin.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now