BAB 59

247 5 3
                                    

          Tawfeeq menahan Laura, digenggam jari-jemari nya.

"Humairah, humairah tak boleh lari lagi sayang. Tolong jujur dengan semua, humairah tak boleh takut lagi. Tak ada sesiapa yang akan salahkan humairah sekarang, tak ada sesiapa boleh marah humairah sekarang. Humairah ingat kan janji humairah? Humairah kena jujur dengan Along, dengan Kaklong, dengan Aathif. Beritahu mereka siapa yang buat humairah abang sampai macam ini." Mata redup merenung sepasang mata Laura yang berkaca-kaca. Suara dilembutkan untuk memberi kekuatan kepada Laura.

Laura dongak, pandangannya sudah kabur dengan air mata. Dia takut sekarang, kekuatan nya cuma Tawfeeq. Dia kalih, memandang wajah setiap insan yang sedang menunggunya. Ya, dia tidak boleh sembunyi lagi. Laura jatuhkan tubuh, terduduk bersimpuh. Dia tidak menyangka, sudah tiba masanya untuk kisah gelapnya dibuka.

Tawfeeq turut duduk dibelakangnya, disentuh kedua-dua bahu Laura. Dia perlu kuat untuk Laura sekarang.

"Sofia, anak siapa yang kau lahirkan dulu?" Aathif terus mengaju soalan, tidak betah lagi menunggu lama. Orang itu perlu menerima hukuman.

Tersentak dengan asakan soalan yang sama sejak dulu dari Aathif. Laura terus menangis, terhenjut-henjut bahunya. Tawfeeq dibelakang mendakap Luara dalam pelukan. Laura tidak kuat sekarang, tetapi semua harus dirungkai.

"Laura takut abang, semua orang nak salahkan Laura." Ditatap wajah Tawfeeq, mengadu lemah.

"Humairah, mereka tak marahkan humairah, mereka tanya saja. Humairah, mengucap sayang. Humairah kena jujur sekarang, abang ada dengan humairah." Diusap lembut wajah Laura, Laura tidak boleh lemah lagi.

"Adik, kami semua tak akan salah kan adik. Adik tolong jujur dengan Along, siapa yang buat adik dulu." Along berdiri, mahu mendekati Laura, tetapi melihatkan Laura yang kalih memeluk kejap tubuh Tawfeeq, Along kaku. Laura benar-benar takut kepadanya, takut kepada semua orang.

"Sofia, kau kena jujur sekarang. Orang itu tak boleh terlepas. Dia yang bersalah, jadi dia perlu dihukum, bukan kau Sofia." Sekali lagi Aathif bersuara.

Laura menarik-narik kolar kemeja milik Tawfeeq, memberi pandangan rayu. Seluruh tubuhnya menggelentar hebat.

Tidak tahan menunggu, Aathif menarik lengan Laura memaksanya berdiri. Tawfeeq yang terkejut terus bangun.

"Nur Laura Sofia, jangan lembik. Mana pergi kekuatan kau selama ini bila kau sembunyi kenyataan nya?" Sambil memegang lengan Laura, dia memaksa Laura berdiri tegak.

Tawfeeq hanya terdiam, Tawfeeq juga tidak kuat sekarang. Mungkin Aathif boleh memujuk Laura memandangkan hal ini adalah rahsia mereka berdua.

"Sofia, jujur sekarang, jangan nangis Sofia. Masa kau lahirkan budak itu, kau tak menangis macam ini." Dicengkam kedua-dua lengan Laura.

Laura memandang semua wajah, dia cuba untuk bernafas, dada nya sudah sesak. Dipandang wajah Tawfeeq yang diam disisi sedang tersenyum tipis, mengangguk memberi sokongan kepadanya. Dia dapat kekuatan, dia sudah berjanji untuk jujur. Dia tunduk, dia harus menjawab. Aathif melepas perlahan lengan Laura. Laura menjauh berada di tengah-tengah antara mereka.

"Angah. " Perlahan, tetapi sampai di pendengaran semua orang. Tanggan menggenggam kain baju.

Along terduduk di sofa, tangan naik menyentuh dada. Kaklong juga duduk menggosok-gosok dada suaminya. Tersentak Aathif, ini bukan pengakuan yang disangkakan.

"Sofia, kau bercakap jujur kah?" 

Semua orang kehilangan kata, Tawfeeq yang berdiri turut melemah. Along yang lebih terluka, dirasakan jantung nya jatuh dari jasad.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now