BAB 38

87 3 0
                                    

           Suasana pejabat nya seperti biasa, mempunyai aura gelab, suram dan kejam. Tiada suara mangsa seperti kebiasaan, kerana sudah kehabisan tenaga nya untuk menikmati semuanya. Kasihnya cuma jatuh kepada seorang perempuan. Dia kejam, dia gila, tetapi aneh jika dikatakan dia juga punya minat kepada seseorang. Cinta? Layakkah manusia seperti dia untuk jatuh Cinta?

Ajai bermain-main dengan pena, di conteng atas kertas kosong, di mainkan di jari, diisap dan digigit. Gelisah. Dia gelisah semakin hari menunggu Laura untuk mencarinya. Dia memilih bersabar kerana percaya Laura akan menunaikan janji nya. Dia juga menlanggar larangan Laura, gangguan tetap ada, Tawfeeq tetap sama. 

Ajai mencengkam rambut perang nya, kaki digoyang-goyangkan. Ajai bangun. Pasu kaca dengan bunga mawar hitam di capai, ditenung lama. Dia teringat seseorang. Dalam jeritan, pasu dan bunga itu dilempar ke lantai. Bederai kaca, mawar hitam berterabur.

Pintu dibuka. Tercangak seorang lelaki yang dekat dengan nya. Niko.

"Kenapa ni bos." Cemas dia bertanya.

"Aku bengang Niko, kenapa sale makin turun, kenapa kita dah tak banyak perempuan? Kurang di mana lagi?" Bertubi soalan diajukan. Ajai bergerak duduk di sofa. Memicit pelipis.

"Bos, saya tak tahu nak cakap macam man. Kita buat kerja macam biasa, tak ada yang kurang. Website kita masih hidup, group chat selamat, semua medium kita edarkan macam biasa. Saya pun perasan kita buat semua macam biasa, tetapi untung kurang." Niko mendekati sofa, melabuhkan punggung di hadapan Ajai.

"Macam mana kalau bos pergi bercuti, ambil balik mood?" Niko memberi cadangan. 

Tidak lama Ajai ketawa suka, mengerikan. Niko menelan liur, boleh jadi ketawa itu ketawa maut. Ketawa amaran sebelum dia diterajang atau ditembak. Ajai merenung Niko dengan wajah beku. Hanya sedetik dia jadi orang gila dan normal.

'Haih orang tua ni, kalau aku bunuh kang aku juga dapat untung' Niko melarikan pandangan ke arah lain, dia sudah malas mahu layan perangai mental bos nya itu.

"Kau boleh jaga ke? Kalau aku pergi bercuti, Banyak ayam kau boleh dapat? Boleh ke aku dapat makan lebih sorang untuk satu bulan?" Sinis Ajai bertanya. Direnung Niko yang tidak briaksi. 

'Engkau yang pelik, elok-elok perempuan boleh hidup, kau pendekkan umur dia.'

Niko menyumpah seranah lelaki di hadapannya dalam hati. Masih beriaksi wajah seperti kuli batak yang merasa rendah diri. Fikirnya, mereka akan menjalani perniagaan tanpa keganasan, rupanya Ajai semakin parah. Fikirnya dulu cuma sedikit, sekarang siap minta perempuan simpanan. Malah setiap perempuan didera untuk kepuasan nafsu nya. Niko makin membencikan Ajai. Orang psycho tahap ayah pin.

"Sekurang-kurangnya, saya cari bos. Ratu kita tu bila nak sampai?" Gulps, niko menelan liur. Dia sudah tersalah kata. Mata hitam Ajai dapat dilihat sedang berapi.

"Kau jangan sebut fasal dia. Dia tu kalau aku dapat pun hanya untuk aku. Dia bukan produk untuk dijadikan ayam. She exclusively for me." Keras suara Ajai menyatakan Laura adalah miliknya.

Niko yang masih duduk di depan Ajai cuba sembunyi wajah, dia mahu ketawa. Entah berapa lama perempuan itu boleh hidup ditangan Ajai. Silap-silap satu malam dah arwah? Yelah dah obses macam ni? apa yang perempuan tu hadap nanti kalau barang yang lain pun habis rosak sekejap. Ya Ajai merosakkan , bukan speisies dapat barang yang dia suka dia jaga.

Panjang lebar Niko berbicara dalam mindanya. Sungguh dia tidak memahami mental Ajai.

"Oi, apa yang kau berangan?" Tanpa sedar, Ajai mendekati Niko disebelah.

Niko tersentak, hilang segala bebelan dan analisis di kepala.

"Eh, tak berangan. Cuma terfikir siapa bakal Ratu kita." Niko cuba mengukir senyum yang dibuat-buat. Kalau cik bos nampak isi awan atas kepalanya , sah dia dah kena sembelih.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now