BAB 43

96 2 0
                                    

          Tawfeeq merenung ke dalam mata Hazriq. Mencari makna disebalik kenyataan nya itu. Buat Jantung Tawfeeq berdegup laju. Apa yang Hazriq tahu sebenarnya. Hazriq menarik nafas keluhan, berhati-hati mahu menyusun kata.

"Dia mangsa kan..?" Hazriq mengeluarkan suara tegang. Cukup perlahan tetapi jelas. Mencari kejujuran di balik getaran mata Tawfeeq.

Tawfeeq kelu. Bibir digigit. Diam sekejap mencari kekuatan untuk bersuara lagi.

"Kau tahu Haz..? Aku pun tak pasti. Itu cuma sangkaan aku, mungkin Laura lebih berbeza." Tawfeeq tunduk, kedua-kedua tangan bertaut. Kalau Laura mangsa, mungkin nasibnya nya terlalu berbeza. Teringat hasil cariannya nya bersama Arash. Ianya terlalu kejam.

"Mangsa dera fizikal?" Sekali lagi Hazriq bertanya, tetap perlahan suaranya.

Tawfeeq angkat wajah, diam. Sekali lagi Hazriq mungkin betul. Dia takut ianya benar.

"Aku tak tahu Haz, Laura tak pernah jujur dengan aku. Dia cuma cerita dia takut dengan lelaki. Itu aje. She's got trauma." Tawfeeq berterus terang. Ya, dia pun tidak pernah meminta Laura memberi tahu detail. Dia tahu Laura pun tidak mahu mengingat semua itu.

Hazriq menyeluk saku seluar. Satu ponsel pintar dikeluarkan. Disua kepada Tawfeeq yang masih termangu. Tawfeeq angkat kening, tidak faham.

"Aku jumpa dalam helmet kau." Berhati-hati Hazriq memaklumkan. Tidak mahu Huda atau Laura mendengar.

Tawfeeq menyambut dalam teragak-agak. Tangan nya sejuk, bimbang apa yang bakal dia ketahui lagi. Tawfeeq terus menekan punat main. Satu audio terpasang.

"Abang .. Hikss..tolong lepas.. Hiks.. sakit."

Suara perempuan yang sudah pecah kerana tangisan sedang merayu tersiksa. Tawfeeq kerut, suara Laura kah? Semakin Tawfeeq tidak tenang. Diulang semula audio sehingga dia tidak sanggup lagi.

"Mana kau tahu kalau ini untuk Laura, Haz?" Nafas ditarik dalam, sakit nya dia rasa. Apakah ini yang Laura hadap sebelum ini. Dia tidak sanggup semua orang tahu penderitaan Laura, tetapi dalam masa yang sama dia berharap itu bukan Laura. Degup jantung melaju.

"Aku tak cakap pun, tapi kan ada nota di belakang tu." Hazriq merampas, dikalih belakang ponsel pintar. Kaget, tiada sebarang nota.

"Mana nota nya?" Cuak Tawfeeq. Hazriq memutar-mutar ponsel pintar, tiada!

"Weah, nota tu hilang!" Hazriq cemas.

"Hazriq, mana dia hilang weah? No! nota tu boleh hilang. Kita kena cari." Naik seoktaf suara Tawfeeq. Kalut, dia terus bangun. Tertunduk-tunduk mencari di bawah meja. Hazriq turut panik, dia bangun mencari seluruh laman.

"Hazriq, kau ingat tak nota tu tercatat apa?.." Suara masih perlahan, tidak mahu yang lain dengar.

"Aku ingat Tawfeeq, Karma.. Eh! err...den..dendam..! Hah! "Dendam tak akan berakhir". Ada nama isteri kau!" Hazriq mendekati Tawfeeq. Dalam nada berbisik. Cukup untuk Tawfeeq dengar.

"Nota ni ke?"

Tersentak Tawfeeq dan Hazriq, Huda mengangkat sekeping sticker note hitam, tercatat dengan pena berdawat merah. Tawfeeq bergegas, nota itu dirampas. Hazriq tidak salah, benar apa yang ditulis.

"Laura, dendam tak akan berakhir!"

Tawfeeq panik, kali ini dia berani menulis nama Laura. Dikalih pada belakang nota.

'A' 

"Tawfeeq apa maksud 'A' tu?" Hazriq yang turut mengintai disisi menyoal.

"Aisyah Farha?" Huda meneka. Mereka berdua memandang wajah polos Huda.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now