BAB 32

79 1 0
                                    

Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-

.

    ۞ إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍۢ كَفُورٍ ٣٨

"Indeed, Allah defends those who believe. Surely Allah does not like whoever is deceitful, ungrateful."


.


           Setelah mereka pulang, malam itu Laura demam panas. Semakin risau Tawfeeq. Puas dia meminta petua dari Hajah Tania. Dari menjaga, merawat, menyediakan makanan. Laura ketika demam hanya baring di katil, muntah-muntah beberapa kali membuatkan Laura menjadi lemah. Untuk menyiapkan Laura pun Tawfeeq lakukan, dari mandi, pakaikan pakaian, suapkan makanan dan tidurkan Laura. Tawfeeq menelefon Khadijah iaitu Kaklong, mereka memberi tahu Laura memang demam untuk beberapa hari, perlu dipantau sentiasa. 

Sudah masuk tiga hari Laura demam, hari ini pun dia ponteng. Habis berkeringat menadah telinga dibebel oleh pensyarah. Akhirnya bila mengeluarkan falsafah seorang suami yang bertanggungjawab, pensyarah pun terdiam. Puas Tawfeeq memujuk untuk ke hospital, tetapi Laura tidak mahu. Katanya dia akan sembuh jika Tawfeeq terus merawatnya. Kata-kata itulah yang membuat Tawfeeq turut, dia tahu Laura sedang manja kepadanya. Maka dia layankan saja, suhu badan Laura pun semakin menurun.

Tengah hari itu, Laura sudah mampu bangun mandi sendiri. 

"Sayang, Laura lapar nasi ayam." Laura yang baru usai mandi terus menyuarakan permintaan nya.

Tangan Tawfeeq yang sedang menyediakan pakaian Laura di atas katil terhenti. Luar biasa, Laura pernah memberi tahu dia tidak suka nasi ayam setelah kepergian arwah Angah. Mungkin petanda Laura semakin membaik dari lukanya.

Perlahan Laura mengambil tempat di sisi Tawfeeq. Walaupun dia sudah mampu berdiri, dia masih lemah untuk berdiri lama, pening dan mahu tumbang. Tawfeeq mencapai lengan Laura untuk duduk dengan berhati-hati, tubuh Laura sudah suam. 

Tawfeeq membantu Laura menyarukkan pakaian, dilapkan rambut basah Laura. Dipakaikan minyak rambut kemudian dibiar sedikit kering, dia akan sikatkan. Kream muka Laura juga dia pakaikan, dia sudah tahu semua melalui penglihatan nya setiap kali Laura bersiap.

"Kejap lagi abang keluar, humairah nak ayam bahagian isi ke tulang?" Memandangkan dulu di rumah ummi Laura hanya diam menurut apa yang mak Esah letakkan kedalam pinggan, maka dia tidak tahu selera Laura yang sebenarnya.

"Laura suka bagian tulang, dapat kulit ayam." Laura tunduk memandang Tawfeeq yang sedang menyapu kream pada wajah nya, bibir dicebik. Tanda dia benar-benar berharap dapat ayam yang banyak kulit dan penuh dengan bahan perapan.

Tawfeeq senyum senang, comel nye Laura.

"Boleh sayang, nanti abang usahakan. Sekarang Laura kena cepat sihat. Abang dah masakkan bubur. Sayang makan dulu yang tu sikit. Lepastu humairah sayang makan ubat eh." Tawfeeq cuba memujuk, sekarang jam untuk makan ubat. Tawfeeq naik duduk disisi Laura.

"Taknak, nak makan nasi ayam." Laura merengek, ditekup kedua pipi Tawfeeq. Kali ini lebih muncung bibir kedepan, serupa si Ninie kekasih Donals duck.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now