BAB 27

108 4 0
                                    

        Hazriq memainkan drum, sudah  hampir sejam dia membuat bising. Tidak peduli dengan mereka yang lain. Dia mahu melepaskan tekanan. Mengingatkan si adik yang sering dipukul oleh ayah mereka, dia sangat marah tetapi dia tahu dia tidak mampu berbuat apa. Sebentar tadi dia sudah banyak menangis. Tugasan yang sepatutnya dia siapkan dia tinggalkan dulu.

Afsar yang duduk di katil bilik Arash menutup kepala dengan bantal. Arash pulah masih tenang, dia sudah menyaruk headphone.

"Gila lah Haz ni, lepas kena pukul, emosi pun macam dah tak betul." Afsar meluahkan rasa tidak puas hati nya.

"Itu maksudnya dia tengah stress." Buku nota diselak. Arash menekup headphone, kesal adakalanya memilih bilik bersebelahan studio.

"Tadi kau cakap apa entah?" Afsar yang mahu menaip terkaku, dia lupa apa yang dia perlu taip.

Arash menarik nafas dalam, ini bukan kali kedua dia mengulang perkara yang sama.

Khairul di bilik bawah menyumbat telinga dengan tisu. Mata merenung lama report, dibaca setiap apa yang ditaip oleh Afsar. Beberapa perkataan aneh dibaca.

"Pampampam.." Khairul menyebut pelahan.Kening nya bercantum.

Khairul menaip nota pada perkataan itu.

'Oi Af'!! Ingat kerja ni nak bagi nenek kau baca ka?'

Arash membuka comment dari notifikasi email. Dikerling Afsar yang sedang  kusyuk terus menaip.

Pap!

Satu bantal hingap ke muka Afsar. 

Hazriq masih leka bermain drum, sebak di dada dia tahan. Tekanan dia lepaskan ketika mengetuk drum.

Khairul yang sudah menyiapkan bahagian nya bangun memanjat ke tingkat atas, dia mahu menemui Hazriq. Bimbang melihat kan emosi sahabatnya itu. Pintu studio dibuka perlahan. Hazriq masih leka tidak menyedari kehadirannya.

"Weah Haz, kau tak okay ke?" Khairul mencapai kerusi, duduk di hadapan Hazriq.

Hazriq lepas helah nafas. Dipandang wajah risau Khairul.

"Aku sedih la, fasal baby." Hazriq meletakkan drumstick.

"fasal korang break up ke?" Perlahan suara Khairul menyoal. Ya dia rasa serba salah sekarang.

Hazriq tersenyum, dia faham maksud Khairul.

"Kenapa? Kau tahu mana?" Cuba bermain tarik-tali. Dia mahu mendengar cerita tentang Huda dari mulut Khairul.

"Aku rasa dia dah bagi tahu kau fasal aku kan." Khairul mencapai drumstick. Dimain-mainkan pada jari. Tidak berani memandang riak wajah Hazriq.

"Aku tahu. Macam mana, kau suka dia tak?" Hazriq cuba menahan tawa, tidak sabar mahu mengenakan Khairul. Rasa marah dan sedih dibuang ketepi.

"Takkan la aku nak suka dia weah, dia dah bercinta dengan kau. Kalau pun korang break up, takkan aku terus nak couple dengan dia. Aku ingat la kau kawan aku. Takkan aku nak buat khianat. Aku nak jaga juga hati kau bro." Khairul menumbuk perlahan bahu Hazriq. Mereka tertawa kecil.

"Khairul, kita ni perlu mencintai orang yang mencintai kita,kerana kita tak tahu sebesar mana rasa cinta orang yang tidak mencintai kita. Sedangkan orang yang mencintai kita sudah tentu tahu menghargai kita. Jangan fikir hati orang dan tipu diri kau." Lembut Hazriq menasihati. Khairul selalu merendah diri, menolak cinta ramai gadis. Dia tidak tahu sifat nya yang menghiburkan itu yang menjadi tarikan mereka. Dia selalu meragui perasaan mereka. Muda itu ya, mungkin perasaan hati perlu diketepikan. Tetapi tentang Huda, dia mahu ambil berat. Huda benar-benar ikhlas mencintai Khairul. Sudah berkali dia menasihati Huda untuk menahan hatinya, tetapi Huda tidak boleh dikawal.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now