BAB 48

91 3 0
                                    

          Laura melihat ke luar jendela. Agin yang meniup lembut adakalanya menerpa ke wajah. Teringat kan sentuhan kasih seorang suami yang sering memujuknya. Dikala dia berdiam diri, Tawfeeq akan datang menghiburkannya. Perlahan air mata mengalir. Kenangan bersama kembali bergentayang di mata.

Puk!

Satu botol kaca dari dalam beg pakaian Laura bergolek. Tawfeeq mengambil dan meneliti. Dia memunggah beg Laura untuk menyusun semula pakaian Laura di almari. Laura selalu bertangguh, jadi dia ringan tangan mahu menolong. Beg itu dia akan simpan di atas almari.

Laura yang baru keluar dari tandas melihat botol kaca itu sudah berada di tangan Tawfeeq. Tawfeeq angkat wajah nakal merenung Laura. 

Amaran! Kucing jantan sudah naik menggila.

Laurah pusing belakang,  mahu melangkah semula kedalam tandas. Tawfeeq cepat berlari menangkap tubuh Laura. 

"Sayang, lepas lah! Eiii lepaslah!" Laura bersusah payah meleraikan pegangan Tawfeeq di perutnya. Akibat ringan, akhirnya kaki tidak lagi mencecah lantai. 

Tawfeeq bawa Laura ke katil. Laura mahu melarikan diri. Cepat tubuh Tawfeeq menindih Laura yang sudah merah padam muka.

"Baik bagi tahu abang, siapa ajar minum jamu tu. Eleh nak seksi bagai, macam dia tu dah beranak banyak." Tawfeeq mencubit pipi Laura. Laura yang sudah menekup muka, merengek malu. 

"Eii jangan lah!" Laura menolak-nolak tubuh Tawfeeq.

Tawfeeq ketawa kuat. Memang padan la sorok benda tu. Memang dia akan mengusik seperti ini.

"Ummi lah bagi. Anak dara pun boleh ambil!" Marah Laura, wajah mereka terlalu dekat. Lagi buat dia ingin marah, Tawfeeq sudah mengunci nya di atas katil.

Tawfeeq tercengang. Patutlah Laura miang sangat. Itulah bagi jamu padu lagi. Ummi punya kerja rupanya. Dia baru suspect Huda tadi.

"Eleh nak marah-marah pulak. Cakap jela yang awak nak buat pahala. Hurmm?" Tawfeeq membelai rambut Laura, penuh tatapan cinta. Laura masih mencebik.

"Eii, tak payah lah macamni. Malulah!" Laura menolak kuat tubuh Tawfeeq ketepi. Dia bingkas bangun. Ini yang dia segan. Hajah Tania pun satu, bagi lagi jamu padu macam tu. Malu lah.

Tawfeeq sambung ketawa melihat kelaku Laura yang sedang sambung mengemas pakaiannya. Pandai eh simpan rahsia. Botol menyorok dekat situ aje selamani. Tawfeeq bergolek-golek di katil. Terhibur dapat mengusik Laura.


Laura menyapu air mata nya. Adakalanya senyum terukir dibibir. Sudah seminggu dia berpantang disini, dia hanya berbalas mesej dengan Tawfeeq. Tawfeeq sedang apa sekarang? 

Laura berlalu ke katil, tangan mencapai sehelai baju t-shirt Tawfeeq yang dia bawa tidur bersama. Tawfeeq yang menyiapkan beg pakaiannya, tidak menyangka Tawfeeq menyelit sehelai baju milik nya. Lantas Laura menghidu bau baju itu. Masih harum bau Tawfeeq, bau tubuhnya yang asli. Isteri sahaja yang mengenali bau suaminya. Tangis dilepas semaunya. 

"Laura rindu Tawfeeq. Tapi Tawfeeq, you deserve better. Laura dah cakap dulu, Laura tak sempurna. Kenapa Tawfeeq tak pernah peduli kekurangan Laura." Sebu hati, dia cuba untuk bahagia, tetapi kekurangan yang dia miliki sering menyedarkan siapa dirinya.

Herk...

Perlahan pintu bilik ditolak. Qaleef melangkah masuk, pintu kembali ditutup. Laura kesat air mata.Qaleef mendekati Laura, wajah sayu melihat Laura yang bersedih. Diangkat Qaleef duduk disisi nya.

"Makcu, makcu tiap-tiap hari nangis. Makcu windu pakcu kan?" Tangan kecil Qaleef naik mengusap pipi basah Laura. Wajah Laura yang memerah tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. 

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now