BAB 14

145 4 1
                                    

       'Sepatunya kau tahu, di mana tempat kau Laura, bukan hidup bahagia macam ini. Kau tak layak! Kau berdosa! Kau zalim! Layakkah untuk kau hidup seperti tiada apa-apa?'

.....

              Huda sedang minum-minum bersama Hazriq. Bahagia sungguh mereka. Berbual pelbagai cerita, yang pasti semuanya hambar. Tetapi sejak tadi tidak henti-henti ketawa. Lupa atau tidak peduli, yang lain hanya memandang panas. Mereka yang duduk di ruang tamu merasa terganggu dengan hilaian tawa Huda dan Hazriq.

"Memang dia tu kalau bercinta macam itu ke? nyampah pula aku." Omel Afsar sebelum menekan punat remote meningkatkan volume televisyen.

Tawfeeq dan Laura turun dari atas. Semua barang Tawfeeq dibawa untuk pindah ke rumah mereka. Laura menjinjing beg baju manakala sebelah tangan memaut lengan Tawfeeq. Tawfeeq pula membawa kotak berisi buku kuliah.

"Humairah, pergi panggil Huda. Cakap kita dah nak gerak." Setelah bebisik kepada Laura, beg baju diambil. Laura berlalu ke ruang makan.

"Aku ingat aku salah dengar, kau panggil Laura humairah ke?" Arash yang sejak tadi menyimpan soalan itu akhirnya meluahkan.

"Aip, suka-suka hati je pakai nama anak orang. Bagi balik nama Laura." Khairul bergurau dengan mulut penuh sambil mengunyah roti coklat. Diangkat tinggi roti coklat ke arah Laura.

"Bangang la kau n! Humairah tu panggilan manja yang Rasulullah bagi untuk Saidatina Aisyah, membawa maksud putih kemerah-merahan." Afsar yang sejak tadi mendengar, bantu menjawab.

"Ha betul. Comel kan panggilan tu?" Tawfeeq mengangkat-ngangkat kening. Kagum dengan panggilan yang diberi untuk isteri sendiri.

Arash yang berada dekat dengan Tawfeeq membaling bantal kusyen. Dia mengulum senyum. Mereka semua benar-benar cemburu melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.

Setelah kelihatan Laura bersama Huda. Mereka bingkas bangun untuk menyambut kepergian Tawfeeq dan Laura. Huda tadi menolong Laura mengemas barang di kolej. Dia turut ikut untuk membantu Tawfeeq dan Laura membersihkan rumah, katanya bosan di rumah kucing.

Setelah petang mahu berlabuh senja, Huda pulang menaiki grab car.

Pada malam hari, mereka sambung mengemas. Satu bilik bacaan disediakan untuk Laura mengulang kaji dan membaca novel. Ketika Laura menyusun novel, Tawfeeq mengira-ngira mahu membuka tong berisi barang milik Laura yang dibawa dari kampung.

Pak! 

Sebuah novel tebal terjatuh. Tawfeeq tersentak. Kalut-kalut Laura mendekati Tawfeeq. 

"Sayang, barang dalam tong tu biar humairah yang kemas." Takut-takut Laura menolak tong masuk ke bawah meja. Mata melirik Tawfeeq yang hanya diam melihat kelakuannya.

'Laura, apa yang awak simpan dalam tong itu? Kenapa awak takut kalau saya buka?' Hanya terluah di kepalanya nya.

Dia bingkas bangun, keluar dari bilik. Mungkin ada baiknya Laura mengemas sendiri bilik bacaan itu. Dia tidak mahu mengganggu. Mereka sudah berjanji untuk membetulkan semua nya secara perlahan. Dia sabar, Laura minta ruang untuk pulih. Tawfeeq sebagai suami perlu faham dan mempercayai dia.











           Satu tangan kekar bermain-main dengan dengan setangkai mawar hitam. Dalam bilik gelab, bertemankan suara hujan yang turun lebat mencurah bumi. Dia mencapai telefon bimbit. Dibuka paparan berita mengenai sepasang pengantin muda. Di ketik papan kekunci, dia memberi balas pada satu gambar status media sosial milik pasangan pengantin lelaki. Gambar bahagia pasangan yang sedang berdiri di hadapan rumah baru mereka. Dibesarkan gambar pada pasangan perempuan. Gadis idaman ditatap dalam.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now