BAB 24

114 2 0
                                    

Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-
















             Setelah kejadian pukul yang lalu, Huda memberi tahu niatnya mahu mengajak Khairul untuk menemaninya kemana-mana. Tambahan pula, Hazriq sendiri meminta Khairul untuk menjaga Huda. Kerana amanah, Khairul hanya menurut. Huda juga dalam bahaya.

"Khairul, awak rasa, apa motif orang tu pukul Hazriq." Huda memainkan straw di dalam gelas jus epal merah. Mereka sudah selesai makan tengah hari.

Khairul menyandarkan tubuh pada kerusi, tangan dimasukkan ke dalam kedua-dua belah poket.

"Aku pun tak tahu. Tapi paling nak sedap didengar, iri hati." Khairul menggangkat kening, yakin dengan tanggapan nya.

"Kenapa ye? Huda tak nampak pula sebab orang tu nak iri hati dekat dia." Huda mencebik. Sudah beberapa hari dia menangis kerana risaukan Hazriq.

Khairul tahan tawa. Betul juga. Khairul mendekatkan wajah kepada Huda yang sudah masam mencuka.

"Entah entah kan, sebab dia boyfriend  kau kut." Usik Khairul.

Pak!

Huda menyepak kaki Khairul.

"Tak lawak lah. Tak ada sebab nak cemburu. Huda bukannya dekat dengan ramai lelaki sampai nak ada pula yang dengki bagai." Huda tunduk, kembali termenung menongkat dagu.

Khairul kerut wajah, betul ke Huda ni? Kalau tak rapat dengan ramai lelaki, megnapa dengan dia selesa sahaja.

"Huda, kau sebenarnya bercinta dengan Hazriq tu sejak bila?" Khairul dalam mode berbual.

"Sejak dalam perut." Selamba Huda melemparkan jawapan.

Wajah Khairul berubah kelat. 'Main perut pulak minah ni'

"Ehem ehem. Sebagai pelajar biologi, biar aku betulkan. Bukan perut tapi uterus." Khairul cuba berjenaka, mahu hiburkan hati Huda yang sedang sebu itu.

Huda ketawa kecil. Betul juga. Dikerling sekali wajah tampan Khairul yang sedang merenungnya. Ish malu!

"Kita main teka teki nak?" Huda berubah kepada mode ceria. Dia tahu dia tidak boleh bersedih lama-lama. Nanti Hazriq marah.

Khairul menegakkan tubuh, dia juga bosan tiada Hazriq untuk melayani karenah nya. Melihat Huda yang agak gila-gila sepertinya membuatkan dia selesa.

"Boleh, aku suka teka-teki ni." Tidak sabar, barisan gigi ditayang.

"Awak cakap awak student biology, saya student vaterian. So saya keluarkan teka-teki tentang haiwan." Huda membuka mukadimah. Tangan saling bertaut. Diletak di atas meja.

"Okay, nampak lah adil tu." Khairul turut meletakkan tangan diatas meja. Bersedia untuk menjawab soalan teka-teki nanti.

Huda senyum, geli hati melihat teletah Khairul. Macam ini pun comel.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now