BAB 34

76 2 0
                                    

                  Setelah cuti semester bermula, Laura juga telah pun menanguhkan pengajian nya. Dia akan bekerja dengan Huda, menjaga rumah kucing. Semua kucing dilepaskan bermain di laman rumah yang luas itu. Laura lah yang akan melayani semua kucing-kucing itu dari yang masih bayi dan yang sudah dewasa. Huda keluar bersama Khairul membeli barang keperluan kucing. Huda merancang untuk mempromosikan rumah kebajikan kucing nya secara besar-besaran. Hazriq dan Khairul setuju untuk membantu. 

"Amira, dah besar dah dia." Anak kucing parsi berusia 3 bulan itu diuli-uli dengan tangan lembut Laura, kucing itu juga mengigit jari-jemari Laura suka. 

Tawfeeq datang duduk di meja batu melihat Laura yang duduk di rumput karpet, bermain dengan kucing. Tawfeeq senyum, Laura mempunyai jiwa seorang ibu kucing yang sangat mencuit hati. Tawfeeq terhibur melihat Laura yang adakala nya memarahi dan memujuk kucing, comel. Teringat akanibunya yang juga pencinta kucing, tak menyangka ibu menculik kucing Huda yang merupakan pelajar satu kampus denganya. Dia tidak mengecam langsung, dia tahu pun kerana Laura yang bercerita semula. Maka benarlah Laura perempuan yang mengejar kucing dulu, suara lembut itu yang membuatkan tidurnya tidak lena.

Tawfeeq menghirup air mineral, penat dia mencuci sisa najis kucing yang berbekas-bekas. Huda lah mengatakan dia tidak sempat menguruskan memandangkan sibuk mengiklankan rumah kucing dan persiapan untuk membuat program nanti. Perogram untuk orang awam melawati rumah kucing ini.

"Humairah, tak panas ke duduk dekat situ. Main lah dengan kucing dekat sini." Tawfeeq memanggil Laura untuk bermain di kawasan teduh, bimbang kesihatan Laura terjejas nanti. Sudahlah cuara terik.

"Kejap la, nak main dengan anak kucing ni." Laura menunjuk kan bola kecil yang dia main bersama beberapa ekor anak kucing. Bola yang dia beli sendiri.

Kereta Khairul terparkin di hadapan rumah. Huda dan Khairul sudah pulang.

"Tawfeeq, tolong jap." Khairul memanggil Tawfeeq untuk membantunya mengangkat barang.

Tangan Huda juga penuh dengan makanan kucing.

"Laura, anak-anak kucing tu bawa sini. Huda ada beli susu untuk diorang." Huda masuk ke dalam rumah, bilik untuk bayi kucing dibuka. Dia menyiapkan makanan untuk anak bulus. Laura mendukung beberapa ekor kucing. Penuh dalam dukungan.

"Kami pergi tengok rumah mainan kucing tadi, rambang mata si Huda tu." Khairul meletak sekotak makanan kucing, sambil mengeleng kepala. Kemudian duduk dikerusi batu, kepenatan.

"Dia nak beli berapa?" Tawfeeq menyoal mengajak berbual.

"Huda cakap, nak tambah untuk bilik anak kucing, pastu untuk laman tu satu. Kalau boleh beli lebih, dia nak letak di hujung tu satu." Jari menunjuk penjuru garaj.

"Murah rezeki Huda buat rumah kebajikan untuk haiwan ni, dia ada bagitahu nak bukak klinik kucing juga." Tawfeeq turut membuka cerita perbualannya ketika dia menghantar Laura tadi sementara Huda menunggu Khairul.

"Itulah, untung Hazriq." Khairul melepaskan rasa kagumnya kepada dua beradik itu.

"Ek? bukan diorang dah break up ke?" Tawfeeq menyoal, seingat dia mereka sedang berkawan. Apa untung nya sekarang?

Tersedar Khairul hampir terlepas kata. Dia membetulkan duduk, berlagak biasa.

"Haah la, aku lupa." Sambil menghirup air, Khairul melirik kan mata ke arah lain. Dalam hati menyumpah seranah diri sendiri.

"Kau! Nak takle dia pulak ke?" Tawfeeq menukar isu, dia sudah lama mahu bertanya.

Prutf!

Tersembur minuman Khairul, dia menepuk-nepuk dada. Rasa terpukul dengan soalan itu, Tawfeeq senyum kelat bersama jelingan penuh tanda tanya.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now