BAB 17

171 3 0
                                    

Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada, sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-


...





PONG! PONG! PONG!

Langit malam penuh kemeriahan cambahan bunga api berwarna warni. Orang ramai menikmati sambutan tahun baru malam ini. Ada yang bersorak riang, merakam sebagai kenangan atau untuk di muat naik di media sosial masing-masing. Ada juga yang sedang membuat panggilan video bersama orang tersayang untuk berkongsi detik berharga ini.

Laura duduk di dataran bersama Tawfeeq, serta Qaleef di dalam ribaannya. Seperti keluarga lengkap. Adakala orang memandang-mandang ke arah mereka, tahu mereka kenal siapa Tawfeeq. Hanya sesekali menyapa dan mengirim senyum. Ada yang meminta untuk bergambar bersama, dan Laura lah jurugambar tidak berbayar itu.

"Tantik nye! Tantik macam mata makcu." Qaleef mengawang-awangkan tangan pada langit. Suka menonton bunga api, langsung tidak takut. Sejak tadi mulut terbuka, teruja melihat tembakan demi tembakan bunga api.

"Mana ada Qaleef, mata makcu lagi cantik daripada tu." Tawfeeq berbisik kepada Qaleef. Tidak mahu kalah. Mana boleh Qaleef ngorat isteri dia. Terus Qaleef tarik muka.

Beterbangan rama-rama dalam perut Laura. Kalau kata Qaleef boleh buat pick-up line yang mencairkan, tentulah yang dari Tawfeeq lebih berkesan.

"Eii mengada je lah awak ni." Laura menyiku Tawfeeq. Malu tapi nak lagi. Saja je mahu menambah gula kedalam madu. Uhukk!

"Eii pakcu ni, suke kacau Kalip. Biarlah Kalip ngorat makcu. Pakcu chebok la." Qaleef naik tangan menepuk bahu Tawfeeq, naik hangin Qaleef.

Tawfeeq dan Laura tertawa. Terhibur benar dengan Qaleef ni. Kuat cemburu ye.

"Selamat tahun baru humairah." Tawfeeq berbisik tepi telinga Laura.

Laura lorek senyum. Indah nya suara garau milik Tawfeeq menyapa pendengarannya. Menimbulkan debar dihatinya. Yang pasti, dia mahu hanyut dalam suara lelaki itu.

"Selamat tahun baru jugak sayang." Laura memandang redup ke dalam sepasang mata milik Tawfeeq. Tawfeeq mula medekatkan wajah.

Pap!

Tersentak.

"No! Don't do that." Tiba-tiba Qaleef menepuk wajah Tawfeeq, ditolak jauh dari Laura.

Wajah Tawfeeq berubah tegang. Laura gigit bibir, sedang menahan tawa.

"Eh apani! Eh patutlah kena tinggal mama dengan papa." Tawfeeq menyapu wajahnya yang sudah basah akibat tangan Qaleef telah memegang satu cup air sejuk. Baran betul dengan budak ini. 'Aku sunat jugak budak ni sekarang!'

Qaleef hanya buat tidak dengar, sambung menghirup minumannya.

Laura senyum meleret, jari runcing menguis rambut Qaleef dibawa kebelakang. Tawfeeq hanya menahan sabar. Tahulah sekarang dia tidak boleh menandingi Qaleef.

"Makcu, bunga api da abis. Kite nak gi mane lagi?" Qaleef berdiri, dia pandang wajah Tawfeeq dan Laura bersilih ganti.

"Qaleef, kita naik fun fair tu." Tawfeeq menunjuk roda ferry di tengah bandar sana. Menarik Qaleef mendekatinya, ditunjuk ke arah roda ferry yang sedang bercahaya di tengah bandar sana.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now