BAB 35

88 2 0
                                    

          Laura terbangun, jam menunjukkan pukul 2. Fikiran nya juh menerawang, dia mimpi buruk lagi. Dia mencapai telefon bimbit. Keluar menelefon sesorang di luar rumah.

"Hello." Datar suara Laura menyapa.

"Hello Sofia, do you miss me?" Ajai berdiri di branda bilik tidurnya. Dengan pyjamas paras lutut, tak ubah dengan pakaian yang mengjengkelkan.

"Tak payah mengada lah. Aku nak tahu, kali terakhir kau jumpa Tawfeeq dekat kedai tu kan?" Kasar Laura berkata, rasa jijik mendengar suara Ajai.

Ajai senyum sinis, semakin tercabar untuk mendekati Laura.

"Betul, lepastu aku cuma berbalas chat dengan dia aja." Selamba Ajai memberi tahu perbuatan nya. 

Laura juling mata ke atas. Sudah tahu.

"Kau dapat apa buat macam tu? Kau tetap dapat bercakap dengan aku macam ni kan. Boleh tak berhenti ganggu suami aku?" Suara Laura masih mendatar. Lelah dengan lelaki ini.

"It's just a game. I can't play with you, why can't I play with your husband?"

"Game kau dengan aku tu lain. Kau bercakap bijak sikit boleh tak? Aku mintak kau sabar sikit masa lagi, nanti aku pergi lah sana." Rimas Laura menjelaskan kepada Ajai.

Kedengaran ketawa miang Ajai, entah apa yang dia fikirkan. Laura mengetap rahang, dasar lelaki, setan.

'Sabar Laura, sekejap saja kau hadap mental rosak lelaki ni' Bisik hati Laura. Ditarik nafas dalam.

"Aku bagi amaran pada kau, cukuplah kau spam Tawfeeq. Atau perjanjian kita terbatal." Suara Laura naik seoktaf.

"Aku tunggu Sofia. Atau kau tahu apa aku akan buat. Jangan lengah-lengahkan ya sayang.."

Laura terus mematikan talian, jijik dengan suara Ajai. Bernafsu tidak bertempat. Dada nya berombak laju, tangan nya menggelentar. Dijatuhkan kedua-dua tangan disisi. menggenggam erat kardigan labuh yang dipakainya.

'Kau boleh buat Laura, jangan takut' Dalam hati Laura memujuk diri.

Dia masuk kembali kerumah. Dia akan mengejutkan Tawfeeq untuk solat sunat bersama. Ini caranya menenangkan diri, Tawfeeq selalu memujuk nya.

Seusai solat sunat Laura membancuhkan milo panas untuk Tawfeeq.

"Laura nak ajak borak apa?" Tawfeeq jadi risau, seperti dejavu.

"Sayang rasa?" Laura menjeling jam, jarum menunjuk pukul 3 pagi. Kening diangkat, melirik manja kepada Tawfeeq, bibirnya mengulum senyum.

Tawfeeq kecut perut. Laura selalu mulakan, dia jadi segan. Namun itulah tanggungjawab yang dia perlu jalankan. Bersyukur, doanya yang satu itu dimakbulkan. Laura pulih dalam satu masalah.

             Hazriq duduk di sofa, merenung Huda yang duduk di sofa hadapannya. Hanya tunduk seperti persalah yang menunggu hukuman dijatuhkan.

"Baby tahu apa salah baby?" Mendatar suara Hazriq bertanya. Merenung kedalam mata bundar milik Huda.

"Tahu.." Perlahan Huda menjawab, jari-jemari dimainkan.

"Apa?" Sengaja Hazriq menyoal, dia tidak main-main sekarang.

"Balik lewat." Semakin kecil suara Huda menjawab.

"Balik lewat dengan sapa?" Buat-buat tidak tahu, dia mahu menyedarkan Huda.

"Dengan Khairul." Suara Huda mula bergetar.

"Siapa Khairul?" Kalini Hazriq menjatuhkan siku keatas kedua-dua lutut. Menopang dagu  mencari wajah Huda yang cuba disembunyikan.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now