BAB 7

157 5 1
                                    

           Setelah berita kejadian lepas menular di media sosial. Orang kampung tidak berhenti bercakap-cakap. Ini kerana terdapat pelajar yang merakam video semasa mereka di dalam hutan.

Laura dan Tawfeeq juga menerima pandangan keji dari kebanyakan pelajar. Keluarga Tawfeeq dikenal rapat dengan pesyarah di sini. Laura pula baru tahu, Tawfeeq merupakan ahli kumpulan musik muda yang terkenal di laman sosial media. Tentulah kebanyakan orang kenal siapa Tawfeeq.

Laurab akui dia sahaja yang seperti katak bawah tempurung. Mana Laura tahu apa-apa yang terlayar di skrin gajet. Dia cuma membaca berita, artikel ilmiah dan buku-buku kajian. Kalau sesuatu yang melalaikan pun cuma novel. Sejak pemergian arwah ibu dan ayah. Kesempatannya untuk menikmati hobi pun jarang. Laura perlu membantu Khadijah menguruskan rumah dan mengasuh Qaleef. Tambahan setelah menyambung pengajian, dia lebih terpuruk. Sudahla tidak pandai berbual dengan ramai orang, kawan-kawan pun hanya untuk belajar.

"Laura, Laura jangan diam macam ini. Dari tadi Tawfeeq ikut belakang Laura. Laura langsung taknak pandang Tawfeeq." 

Haish mana lah dia faham bahasa perempuan. kakak dan adiknya mungkin dia pandai pujuk. Itu kerana mereka bersuara. Dengan si Laura ini hanya diam saja. Dia mengikut Laura sehingga di hadapan kolej perempuan. Kalau Laura masuk kolej pun, mungkin dia akan ikut. Semata-mata mahu memujuk Laura untuk menerangkan salahnya.

"Kenapa awak tak cakap yang awak penyanyi? band terkenal pulak tu. Saya tahu pun dari mulut classmate saya. Semua orang cakap saya beruntung kena perangkap dengan awak, jadi girlfriend awaklah. Awak tahu tak saya malu. Dari bagunan falkulti awak ikut saya, semua orang pandang saya macam pesalah. Saya tak selesa lah macam ini." Laura mula meninggi suara. Bukan niatnya mahu menyalahkan Tawfeeq, dia tahu itu bukan salah sesiapa. Tetapi kehidupannya telah mengubah suasana hati, dia tidak suka menjadi perhatian. 

Walaupun orang ramai tidak percaya mereka melakukan hal terkutuk itu, dia tetap malu terkait dengan situasi ini. Dia tahu, salah dia sejak awal. Mimpi ngeri yang sering menganggu tidur lena nya yang membawa dia pergi jauh ke dalam hutan. Dia yang pergi jauh untuk menangis. Tidak takut langsung keadaan apa yang akan berlaku. Dia hanya fikir untuk mencari ketenangan dengan berseorang tanpa membangunkan sesiapa dari tidur. Dia tahu itu salahnya.

"Tawfeeq minta maaf okay, Tawfeeq salah tak bagi tahu dekat Laura. Tapi kita boleh betulkan semua sama-sama. Tanggapan orang memang kita tak boleh ubah. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk pulihkan keadaan kita. Tawfeeq tahu, Laura tak suka dengan apa yang dah Jadi. Tapi dengan izin Tuhan semua akan dimudahkan." Panjang lebar Tawfeeq memujuk. Pada hakikat tiada apa yang perlu dipujuk. Memang tiada salah nya pun. Tetapi mengapa Tawfeeq selalu memanjakan Laura?.

"Tawfeeq cuma nak ucap Good luck untuk exam esok, dari dewan kuliah lagi Tawfeeq tunggu Laura. Tapi Laura lepas keluar dewan terus pecut turun tangga. Langsung tak pandang Tawfeeq. Lepas tu, Tawfeeq nak bagitahu. Malam esok Ummi ajak Laura makan malam sama-sama. Kakak dengan adik ada dekat rumah. Diorang nak kenal dengan Laura."

'Fuhh. Ini kira makan malam dengan bakal keluarga mentua ke?'

Gamam, Laura cuba mengeraskan kaki. Rasa mahu tumbang. Tidak pernah terfikir secepat ini dia akan merasa detik pertemuan dengan bakal keluarga mentua.

"Kenapa tak cakap awal-awal?" Alamak, tak kena soalan ni. 

'Oh aku tak bersedia langsung. Malam esok tu sekejap je. Tak prepare script ni, tak practice masak, tak practice cara jalan dengan duduk. Makan, macam mana nak tunjuk ciri-ciri bakal menantu terbaik?'

"Ush, nak awal macam mana tu Laura? Tawfeeq pun baru tahu. Sebab lusa tu cuti tiga hari, campur cuti umum. Ummi ajak Laura tidur rumah kami. Ummi cakap Abi dah call Along mintak izin nak bawa awak duduk dengan kami cuti nanti. Sebab kakak dengan adik saya nak bawa awak jalan-jalan katanya. Awak ikut eh saya balik? Kakak dengan adik saya nak sangat berkawan dengan awak. Esok lepas kelas, jumpa lagi." Tawfeeq menunduk dan mengundur diri. Dia memberi salam.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now