BAB 3

241 8 0
                                    

                Suasana Rumah papan diintai dari luar, dia mencari-cari kelibat seseorang yang dirindui. Selipar buruk berwarna ungu dipandang sepi. Akhirnya salam dijawab, terjenggul tuan rumah.

"Ha, Aathif. Maaflah Kaklong dekat dapur memasak, tak dengar suara kamu. Ada apa datang kemari." Kaklong yang datang dari dapur memegang senduk di tangan berdiri di tepi pintu.

"Aathif datang nak kirim ni, buah manggis dari dusun. Kan Sofia suka buah manggis. Mana dia kaklong, selalu petang macamni dia main dengan Qaleef dekat luar. Dia keluar ke?"

"Lah , kamu tak tahu ke, dia dah belajar dua minggu lepas. Sambung degree dekat Kuala Lumpur. Tak kan dia tak bagi tahu kamu, kamu kan kawan baik dia."

"Eh, saya tahu dia nak sambung. Tapi ingatkan tahun depan." Kecewa dia tidak diberitahu dengan jelas. Dia yang juga sibuk sejak akhir-akhir ini tidak sempat bertemu teman baiknya. Teruja dia memetik buah manggis yang banyak untuk Laura.

"Hmmm, lepastu awak nak bagi ketak buah tu. Termenung jauh pulak kamu ni." Leter Kaklong, bukan dia tidak tahu kalau Aathif telah menyimpan hati kepada Sofia. Tapi ini urusan anak muda, cinta baru mula bercambah. Dia tidak akan masuk campur. 

"Eh, mestilah nak bagi. Nah Kaklong, sampaikan salam saya dekat Along dengan Qaleef." Dengan langkah berat Aatif pulang. Mengharapkan rindu akan terubat, tapi semakin memberat. Enjin motorsikal dihidupkan, tidak tunggu lama dia beredar.

Sepanjang perjalanan , fikirannya melayang. Setiap kenangan bersama Nur Laura Sofia terlayar kembali sehingga dia sampai di rumahnya. Tahulah mungkin berbulan-bulan Laura meninggalkan dia. Dia menyeluk kedalam tong seat moto yang dinaikinya, sebekas kotak kecil direnung, lalu dia simpan kembali. Padam, dia harus padam hasratnya di hati .






"Ummi, abang ingat abang bawa motor la pergi kampus. kereta abang tu abang tinggal sini."

Selesai makan, Tawfeeq membawa pinggan ke sinki. Dia membasuh dengan cermat. Peraturan keluarga, dilarang meninggalkan pinggan di dalam sinki melainkan Hajah Tania sahaja. Jadi sesiapa yang makan wajib membasuh terus pinggan. Walaupun Hj. Dr. Daniel telah membayar seorang bibik, bibik itu hanya untuk membantu Hajah Tania. Hajah Tania pula sedang duduk dimeja sambil memotong sayur bersama bibik, yang dipanggil sebagai Mak Esah.

"Ikut kamu la Tawfeeq, asalkan pandu motorsukal tu cermat sikit. Kawan-kawan kamu tu, jangan diikut sangat keluar larut malam. Merempit weng weng weng ke sana ke mari. Hari tu Abi dah terserempak dengan Khairul dekat hospital. Abi kata Khairul tu bukan main berbalut sana, berbalut sini. Habis berparut satu badan. Tahu-tahu esok kulit pun hilang agaknya. Apa fasal? Sebab penuh parut hidup satu badan." Sudah berbunyi singa betina.

"HAHHAHHAHHAHA, Ummi ni kalau nak mengata si Khairul bukan main lagi. Kalau dia datang sini, bukan main mesra lagi Ummi dengan dia, kenapa tak beleter macam ni?" Tawfeeq mengambil tempat di sebelah ibunyta. Tangan mencapai cawan lalu menuang teh panas yang Mak  Esah telah buatkan. Sedang menghirup teh, Hajah Tania melemparkan jelingan panas. 

"Betul apa, kan Mak Esah pun selalu nampak. Kalau Khairul tido sini, Mak Esah pun Ummi lupa".

Mak Esah yang melihat karenah dua beranak itu hanya tersenyum.

"Ummi cakap untuk kau dengar, yang kau nak basuh Ummi kau pulak kenapa?" Panas saja punggung kalau bercakap dengan anak teruna seorang ini. Kita nasihat dia, nak dia dengar. Tapi kita pulak yang kena bebel.

"HAHAHAHHA, jangan cebik Datin. Nanti Dato' marah saya". Tawfeeq menepuk-neput tangan Hajah Tania yang sedang memegang lobak merah sebelum dihiris.

"Hah kau jangan menguji kesabaran Ummi, singa betina jangan dibangunkan. Nanti yang bertanding tu kau dengan raja singa tau." Wah kemain suka kalau disebut nama Hj. Dr. Daniel. Suaminya yang kekal dengan aura protektif, selalu menyebelahi Hajah Tania. Kadang bukan apa, kalau tidak diiyakan, sampai minggu depan Hajah Tania akan mengungkit topik yang sama.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now