BAB 26

119 2 0
                                    

                Tawfeeq meletak gambar di atas almari berhias. Dicapai tuala Laura di ampaian kecil. Dia tolak Laura kebilik air. Laura hanya menurut. Diam. Mata kosong melihat Tawfeeq mencapai kain batik miliknya, lalu disua kepadanya. Dia masih mengeras.

"Humairah, salin pakai kain batik. Kita mandi sama-sama. Abang tunggu dekat katil, dah salin nanti panggil abang." Tawfeeq berlalu ke katil. Pakaian ditanggalkan. Seperti yang dia katakan, dia menunggu Laura.

Laura yang masih gementar hanya diam, mengerling Tawfeeq yang tenang bermain telefon. Seakan tidak mahu memandangnya. Kain batik dipandang lama. Lekas dia menyalin pakaian. Tubuh menggelentar. Fikirnya Tawfeeq akan memukulnya, seperti yang dia pernah terima dulu. Disepak, diterajang, dicekik dan dipaksa untuk berdiri dalam masa yang lama. Lemah, semua memori gelab nya kembali terlayar di minda. Setelah menyalin pakaian, dia cuba berjalan keluar membuang pakaian ke dalam bakul. Tetapi dia sudah tidak dapat berdiri.

Gedebuk!

Tubuhnya jatuh terduduk kelantai, dalam sedar dan tidak sedar. Laura tunduk merenung lantai, pandangannya berpinar. Dia pening, pelbagai suara berbisik ditelinga. Tawfeeq bergegas mendapatkan Laura.

"Humairah, kenapa sampai macam ni." Ditepuk kedua pipi Laura, hanya terbuka sedikit mata. Laura melemah. Tawfeeq mengangkat Laura, di letakan tubuh Laura kedalam tab mandi. Paip air dibuka.

"Kau nak buat apa? Jangan sentuh aku!" Laura meraung, ditolak tubuh Tawfeeq menjauh. Dia hanya lihat sosok lelaki yang tidak berpakaian dengan rantai besi ditangan. Bersedia untuk memukulnya.

"Humairah, ni suami humairah. Humairah?" Tawfeeq memanggil Laura berkali-kali. Dibiarkan Laura menumbuk-numbuk tubuhnya. 

"Lepas kan aku setan!" Jerkah Laura.

Tersentak. Tawfeeq genggam air lalu dibacakan beberapa ayat suci dia dalam hati, disapu ke wajah Laura. Payah kerana Laura menolak nya kasar, tetapi dia tahan. Seketika Laura tersedar, dipandang sekeliling. Cuma ada Tawfeeq. Nafasnya tercungap-cungap, tubuh masih mengelentar. Terpinga-pinga dia merenung Tawfeeq. Tawfeeq mendakap Laura, diusap belakang kepala Laura. Laura diam, masih dalam perasaan takut.

"Abang mandikan humairah ya." Lembut Tawfeeq memujuk. Dia mencapai gayung. Laura hanya diam menurut. Degupan jantung yang tadinya kencang mula berdegup perlahan. PErasaan takut mulai hilang apabila mengerti yang dihadapannya adalah Tawfeeq.

Seusai mandi, Tawfeeq menyiapkan Laura. Disuruh mengambil wudhuk untuk menunaikan solat. Kemudian baru Tawfeeq memilih untuk berbincang. Tawfeeq kalih memandang Laura. Bengkak mata Laura, dia sentuh lalu dikucup. Perlahan Laura memeluk tubuh Tawfeeq.

"Laura mintak maaf." Bergetar suara Laura, mata berkaca merenung wajah Tawfeeq.

"Abang tak marah lah, abang cuma nak Laura jujur dengan abang aje." Dijauhkan tubuh, dia merenung dalam wajah Laura. Air mata Laura yang mengalir disapu perlahan.

"Siapa baby dalam gambar tu humairah?"

Laura diam menunduk. Kain pelikat Tawfeeq digenggam.

"Aa..anak...anak Aisyah.." Perlahan Laura menjawab.

Tawfeeq telan liur. Terkedu dengan jawapan itu.

"Kawan Laura tu? anak dia dengan Aathif ke?"

"Tak tahu." Tegang suara Laura menjawab.

Tawfeeq diam.

"Aisyah serah baby tu dekat Laura dengan Aathif. Memang kami ada janji nak kawin dulu, sebab nak jaga baby tu. Tapi itu dulu." Laura memandang wajah suaminya, penuh berharap agar Tawfeeq percaya.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now