BAB 29

100 3 0
                                    

             Seusai dari mengambil ujian, mereka turun makan di medan selera. Mereka semua senyap. Masih memikirkan tentang ujian tadi. Hanya Khairul yang berselera menjamah nasi ayam geprek. 

"Asal korang semua senyap?" Khairul dengan mulut penuh menyoal.

"Susah weay soalan tadi, aku hafal tapi aku tak tahu aku jawab tu betul atau tak." Hazriq meletakkan kepala di atas meja. Pinggang kosong ditolak menjauh, dia sudah selesai.

"Sama la weay, kita tidur pukul empat pagi tau." Afsar mula lali, mata nya sekejap terpejam sekejap celik.

"Jangan fikir lah, janji dah settle. Fokus paper final exam ni pula." Arash menyedapkan hati rakan-rakan yang lain. Dia meneruskan suapan ke mulut, walaupun seleranya hilang.

"Hah. Daripada kita stress ni, fikirkan cuti study week ni nak pergi mana." Khairul membangkitkan kembali topik semalam. Topik utama yang dia teruja untuk usulkan.

"Laura ajak aku pergi waterpark." Tawfeeq memberi maklum.

"Nak ikut! Kita orang tak kacau la korang. Cuma nak join." Afsar terus segar, menepuk-nepuk bahu Tawfeeq untuk memujuk.

"Tapi, aku cakap dekat Laura, baik bercuti ambik resort. Water park tu cuma aktiviti sehari tu." Sambung Tawfeeq.

"Menarik juga, kalau kita pergi ramai-ramai. Kita buat bakar-bakar. Aku boleh perapkan makanan BBQ." Arash menyampaikan buah fikiran.

"Aku suka bakar-bakar ni. Tapi Tawfeeq kau tanya la Laura. Tak ape ke kalau kami join?" Hazriq pula berfikir untuk hal ini dibincangkan kembali. Bimbang Laura tidak selesa.

"Nanti aku tanya dia. Sekarang korang fikir lah dulu tempatnya."

"Port Dikson." Laju Khairul menjawab.

"Nice jugak. Kalau sewa tapak berkhemah tu best jugak, satu tapak 50 ringgit kan. Khemah bawa sendiri." Afsar memberi cadangan, dia yang suka memancing sering ke sana.

"Itu kena fikir lain. Kita mungkin okay nak berkhemah, tu kawan kita tu dah kawin." Arash memandang sekilas Tawfeeq. 

Tawfeeq angguk faham. Mereka yang lain turut mengiakan kata Arash.

"Apa-apa pun nanti aku bagitahu lain." 

Laura dan Huda yang baru selesai program dari fakulti prubatan vaterinar turut mengambil tempat dimeja mereka. Laura mengambil tempat di sebelah Tawfeeq. Setelah berkahwin, jika berkesempatan, Laura akan menyertai Tawfeeq dan yang lain makan tengah hari bersama.

"Korang dah makan dah ke?" Huda terus bertanya.

"Dah, Tawfeeq je tunggu Laura. Korang pergilah order." Khairul bersuara, lekas bangun mengangkat pinggannya yang sudah kosong.















                 Pulang sahaja ke rumah, Aathif sudah menunggu. Tawfeeq dan Laura saling berpandangan. Laura turun membuka pagar rumah, sementara Tawfeeq memasukkan kereta ke ruang garaj, Laura bertemu Aathif.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now